SIBU: Masyarakat Sibu digesa supaya tidak terlalu yakin dan bergembira dengan rekod kes positif Covid-19 yang menunjukkan penurunan pada dua hari lalu, tegas Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee semalam.
Pada Khamis lalu, Sibu mencatatkan 27 kes positif Covid-19 manakala 58 kes pada Jumaat. Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu mengakui tidak dapat tidur nyenyak mengenangkan situasi Covid-19 di Sibu yang turun naik lebih-lebih lagi ketika Aidilfitri yang kini sudah berlalu.
“Walaupun angka rendah yang kita rekodkan pada Khamis dan naik sedikit pada Jumaat tetapi saya selalu menyatakan terlalu awal untuk kita merayakannya walaupun kita masih dalam mood Hari Raya.
“Kelekaan juga boleh membawa padah kepada kita sendiri yang menyebabkan kita gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” ujarnya yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mei 2021



