ARTIKEL

Jacky Tie menyampaikan sumbangan daripada BEM Bintulu Seksyen Bahasa Cina kepada Tuai Rumah James Kalip.

BEM hulur bantuan ringankan beban mangsa kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Borneo Evangelical Mission (BEM) Bintulu Seksyen Bahasa Cina tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rumah James Kalip, Sungai Semanok, Jalan Pesisir Jepak–Kuala Tatau.

Menurut Jawatankuasa BEM, Jacky Tie, walaupun bantuan yang disalurkan berskala kecil, ia diharap dapat meringankan beban keluarga terjejas serta memberi semangat untuk membina semula kediaman mereka.

Pihak BEM Bintulu, katanya, turut menyeru masyarakat agar terus peka terhadap keperluan komuniti dan berganding bahu membawa harapan kepada keluarga yang memerlukan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi pada 10 November lalu, sebanyak 20 pintu rumah panjang terbakar, menyebabkan 104 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke