Benarkah rakyat Sarawak mahu Najib kembali?

KUCHING: Benarkah rakyat Sarawak mahu Datuk Seri Najib Razak kembali sebagai Perdana Menteri seperti didakwa Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri dalam satu forum di Kuala Lumpur semalam?

Rymi Ruzaiman, 27, menganggap Najib sebagai pemimpin yang gagal membantu rakyat.

“Dengan isu 1MDB dan integriti politik, saya rasa beliau tidak mungkin diterima rakyat untuk kembali menjadi perdana menteri. Zaman beliau sudah pun berlalu,” katanya.

“Najib walaupun berjiwa rakyat tetapi pentas politik negara sudah membuktikan beliau gagal menjadi pemimpin yang baik,” ujarnya.

Katanya, Ahli Parlimen Pekan itu gagal dan sudah tidak relevan ekoran perubahan landskap politik susulan kekalahan BN dalam PRU- 14 lepas.

“Saya yakin masa depan politik sudan terkubur bersama dengan tsunami politik PRU-14,” tegasnya.

“Imej dan reputasi beliau semakin terpukul apabila terpalit oleh isu 1MDB dan salah guna kuasa yang membawa beliau dan isterinya diheret ke mahkamah,” katanya.

Mohd Aliff Faiq Mohd Zuhairi

Mohd Alif Faiq Mohd Zuhairi, 22, pula menganggap Pusat Jobs Malaysia, Kedai 1 Malaysia menawarkan harga barangan murah dan bantuan persekolahan bagi keluarga yang kurang mampu ialah hasil usaha bekas Perdana Menteri yang memerintah selama sembilan tahun.

“Dari segi pembangunan di Sarawak pula, kita boleh lihat kemudahan asas di Sarawak makin meningkat kerana Najib sering memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurut Abdullah Kadir, 40, Najib seorang pemimpin yang mudah mesra dengan rakyatnya.

Beliau mengatakan bahawa  Najib seorang pemimpin yang mudah mesra dengan rakyat.

‘’Banyak bantuan yang telah diterima oleh rakyat Sarawak semasa beliau memerintah negara dan bantuan yang diberikan secara adil tanpa mengira kaum dan agama.

“Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan salah satu insentif yang dibuat oleh Datuk Najib untuk membantu meringankan beban rakyatnya yang kurang berkemampuan.

Abdullah Kadir

‘“Beliau amat privation dengan keadaan penduduk Sarawak di kawasan luar bandar terutamanya yang berpendapatan sederhana dan banyak lagi bantuan yang telah diberikan seperti Klinik 1 Malaysia, Kedai 1 Malaysia dan Skim Latihan 1 Malaysia untuk keselesaan rakyatnya,” ujar Abdullah.

Sementara itu, Mohd Hasbullah Mohd Marjan, 40, berkata, ‘’Najib tidak memberikan tekanan kepada rakyat Sarawak dan sentiasa membantu rakyatnya dengan pemberian pelbagai insentif kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.’’

Menurut Hasbullah, Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang turun padang dengan melawat sendiri rakyatnya di Sarawak banyak kali.

Beliau mengunjungi Sarawak 63 kali ke lebih 160 lokasi.

Syasuria Mohamad

Syasuria Mohamad, 25, yang berasal dari Mukah mengatakan bahawa Najib merupakan seorang yang menepati janjinya.

‘“Setiap janji yang beliau ucapkan akan ditunaikan oleh beliau untuk kesenangan rakyatnya terutama di Sarawak.

“Beliau telah memperkenalkan banyak bantuan kepada rakyat seperti Baucar Buku 1Malaysia bagi membantu pelajar sekolah membeli barang keperluan pembelajaran mereka,” katanya.

Suara Sarawak