ARTIKEL

Bengkel Pembuatan Sabun Pencuci Pinggan 17 Disember ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) secara berterusan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan mampan minyak masak terpakai dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, MNS Cawangan Kuching akan menganjurkan Bengkel Pembuatan Sabun Pencuci Pinggan Daripada Minyak Masak Terpakai, pada 17 Disember depan bermula 1 hingga 5 petang di Hotel Telang Usan dekat Jalan Ban Hock.

Ia sebahagian usaha berterusan MNS dalam meningkatkan kesedaran tentang penggunaan mampan minyak masak terpakai.

Bengkel akan dikendalikan oleh penuntut tahun kedua Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Husna Juliani Hasbialah, yang berpengalaman dalam pembuatan sabun sejak berusia 15 tahun berkat pendedahan sang ibu, Noor Jehan Abu Bakar yang kini merupakan Pengerusi MNS Cawangan Kuantan.

Oleh yang demikian, orang ramai yang ingin menyertai bengkel dikehendaki membawa sendiri minyak masak terpakai yang telah ditulenkan, yang disediakan sehari dua sebelum bengkel.

Untuk membersihkannya, minyak masak terpakai harus dimasak dengan beberapa bahan aromatik seperti daun pandan, daun limau nipis, kulit limau atau cengkih dan lain-lainnya bergantung kepada pilihan masing-masing atau apa yang tersedia di rumah.

Selepas minyak sejuk, tapis untuk memisahkan aromatik atau sebarang sisa.

Kira-kira 500 mililiter (ML) minyak boleh menghasilkan kira-kira 750 ML sabun pencuci pinggan.

Selain itu, peserta disaran membawa bekas plastik lama atau kotak minuman kosong untuk meletak sabun apabila ia mengeras dan sarung tangan getah.

Untuk ahli MNS penyertaan adalah percuma, sementara bukan ahli atau keahlian telah luput dikenakan yuran RM70 seorang.

Untuk mendaftar, sila isi borang Google sebelum 13 Disember (Rabu) https://forms.gle/xWZzHorQ7YgTpGbCA atau sebarang pertanyaan boleh emel ke mnskuching@gmail.com.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha