ARTIKEL

Gambar JPBM

Bengkel terbakar musnahkan 37 kereta dan tujuh motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Sebanyak 37 kereta dan tujuh motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Seksyen 24 di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.31 malam sebelum 21 pegawai serta anggota bersama tiga jentera dan sebuah lori tangki dari Balai Bomba Shah Alam dan Jelutong dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan Kelas A berkeluasan 50×100 kaki persegi yang dijadikan bengkel kenderaan, dengan kira-kira 90 peratus struktur musnah.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa di dalam bangunan, kecuali seorang pekerja bengkel melecur di tangan ketika cuba mengalih kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Status mangsa dilaporkan stabil dan telah dibawa ke hospital oleh ahli keluarga,” tambahnya.

Punca kejadian masih dalam siasatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha