ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Command Net (SCNet) bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelapan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), semalam.

Bentuk generasi berkemahiran, berdisiplin, mahir teknologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa anak muda tempatan menerusi bidang keselamatan, penguatkuasaan dan teknologi berimpak tinggi.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha itu selaras dengan keperluan membentuk generasi tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdisiplin dan mahir dalam teknologi canggih.

Abang Johari (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian Pelancaran Sarawak Command Net (SCNet) bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelapan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS)

“Kita perlu melatih tenaga kerja kita sendiri. Jika kita mahu bergerak ke hadapan, generasi muda harus diberi pendedahan kepada teori dan disiplin keselamatan moden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sarawak Command Net (SCNet) bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-8 Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Jelasnya, antara langkah yang akan diambil ialah menawarkan biasiswa kepada anak Sarawak yang berminat menceburi kerjaya keselamatan untuk melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

“Pelajar-pelajar ini akan dihantar ke luar negara agar mereka dapat didedahkan dengan sistem keselamatan bertaraf antarabangsa.

“Ini bukanlah untuk menubuhkan pasukan tentera sendiri, sebaliknya kita ingin melahirkan bakat dan kepakaran yang boleh berkhidmat dalam pelbagai agensi termasuk polis, tentera dan UKPS,” ujarnya.

Tambah beliau, meskipun keselamatan merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Sarawak tetap proaktif memperkukuh perlindungan rakyat dan aset negeri.

“Kita tidak mengambil alih bidang kuasa keselamatan, namun kita membantu agar rakyat merasai keselamatan yang lebih menyeluruh. Koordinasi antara agensi keselamatan negeri dengan persekutuan amat penting,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, pelancaran SCNet disifatkan sebagai langkah strategik memperkukuh sistem keselamatan negeri serta meningkatkan keberkesanan komunikasi taktikal antara UKPS dengan agensi keselamatan lain.

“Teknologi SCNet akan mempertingkatkan koordinasi dan keberkesanan operasi antara UKPS dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi-agensi keselamatan yang lain,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha