ARTIKEL

Berakhir sebuah kompetisi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENUNGGU pengumuman juara rancangan terbitan NBC, America’s Got Talent AGT-18 kali ini memang mengujakan bagi sebahagian peminat ajang progam realiti tersebut, khususnya dari alam Nusantara.

Dari negara jiran, kemenangan Puteri Ariani pada pertandingan prestij ini signifikan bagi tetangga Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.

Di bangku juri, Simon Cowell pemicit golden buzzer yang menghantar terus penyanyi viral Indonesia ini memasuki semifinal – seperti tidak upaya menyembunyikan wajah kagetnya setelah mendapati Ariani hanya menduduki tempat keempat.

Atau adakah Simon sudah tahu awal di sebalik drama program realiti ini, sebagaimana tudingan banyak pihak!

Setakat hari ini, Ariani, 17, ideal dalam carta program realiti AS itu dan menduduki ranking teratas jumlah tontonan di Youtube rasmi AGT.

Video nyanyian Ariani semasa bermandi konfeti golden buzzer unggul meraih 53 juta tontonan dari seluruh dunia.

Semua video berkaitan persembahan Ariani, di Youtube rasmi AGT ternyata “makan” jutaan tontonan – 8.8 juta tontonan bagi video semifinal.

Dalam dua hari bagi video final, nyanyian Ariani di Youtube rasmi AGT mendapat 1.7 juta tontonan untuk lagu Run nyanyian bersamasama Leona Lewis dan untuk lagu Dont Let the Sun Go Down On Me pelantun asal Elton John mendapat 4.2 juta tontonan.

Bahkan, setakat ini, penyanyi program realiti, Puteri Ariani paling banyak dan paling riuh disoroti banyak pempengaruh tersohor media sosial.

Perlu disedari juga, menggunakan hujah jumlah tontonan tinggi di Youtube bagi membenarkan sebuah kemenangan di pentas live lebihlebih bagi program realiti yang “dihakimi” audiens pelbagai cita rasa dari segenap zon global, tidak semestinya tepat.

Ada hujah lain akan bertanya kembali, “populasi Indonesia sahaja ada berapa?

Ada 279 juta penduduk bukan?” 

UNDIAN

Namun, hujah ini pula kelihatannya hanya digunakan untuk membenarkan jumlah tontonan tinggi Youtube, tetapi tidak pula digunakan untuk hujah menentukan jumlah undian mengangkat Ariani ke puncak juara.

Seolah-olah bermaksud warga Indonesia atau wilayah Nusantara tidak mengundi untuk rancangan antarabangsa ini bagi memastikan kemenangan bagi pemilik nama sebenar Ariani Nisma Putri itu?

Semua orang tahu AGT di Indonesia disiarkan oleh NET sejak 2016. AGT rancangan francais, ciptaan Simon Cowell, arahan Rusell Norman, bermula 2006 ini dapat diundi melalui telefon pintar atau melalui aplikasi LAPAN yang tersedia di App Store dan Google Play, bahkan melalui aplikasi lain seperti Xfinity X1 menggunakan alat kawalan jauh.

Program AGT pencari bakat dunia, bukan semata-mata AS melibatkan genre nyanyian, tarian, komedi, silap mata, aksi dan genre lain.

Bahkan, terdapat peraturan versi AGT Britain atau AGT Perancis yang dominan mengubah beberapa peraturan dari semasa ke semasa.

Siaran AGT diedarkan ke rangkaian lain dalam pasaran televisyen antarabangsa, termasuk di United Kingdom, Kanada, Singapura dan Filipina. Yang jelas, setakat ini realiti dan nilai AS itu sendiri tidak sama dengan nilai Timur.

Setakat juri Sofia Vergara dikhabarkan meninggalkan kerusi juri akibat kecewa Ariani tidak memenangi AS$1 juta, tidak memberi justifikasi bagi sebuah pertandingan yang keputusannya ditentukan undi audiens.

Tidak kira berapa tinggi Simon mengangkat kedua tangan sebagai gambaran betapa bingungnya beliau dengan hasil keputusan tersebut.

PUJIAN

Ia tidak mampu mengubah keputusan pengundi rancangan yang mendapat perhatian 10 juta penonton semusim itu.

Bukan cuma standing ovation pelbagai pujian dituai Ariani daripada para juri, Simon sendiri, Howie Mandel, Heidi Klum dan Sofía Vergara. AGT 2023 akhirnya dimenangi Adrian Stoica dengan anjingnya, Hurricane mengatasi 10 finalis lain; penyanyi Lavender Darcangelo, penyanyi Putri Ariani, kumpulan paduan suara Mzansi Youth Choir dan 82nd Airborne Chorus, kumpulan tarian Murmuration, Chibi Unity dan Avantgardey, pelawak Ahren Belisle, ahli silap mata Anna DeGuzman dan duo akrobatik The Ramadhani Brothers. Laporan media menyebut, sebaik sahaja hos Terry Crew mengumumkan Adrian Stoica and Hurricane sebagai juara AGT memenangi RM4.71 juta, penonton dikatakan “menjadi liar”.

Seorang peminat di X (Twitter) menulis: “Sekali lagi, orang ramai perlu mengundi berdasarkan bakat.

Malangnya, itu tidak berlaku di sini.

” Yang lain menulis: “Saya keluar dan tidak akan menonton rancangan bodoh ini lagi. Kanakkanak sedang mengundi dan mereka semua adalah badut. Membuang masa.

” Seorang lagi menulis: “Pertunjukan ini ditipu. Putri telah dirompak.”

Peminat @denisetz1 menulis: “Saya rasa ini penghinaan terhadap bakat luar biasa ini.

Saya sangat kecewa.

Meskipun saya menyukai haiwan peliharaan, saya rasa tidak adil jika seekor anjing menjadi juara daripada bakat luar biasa lainnya

.” Akaun @stuzuck: “Ini sangat disayangkan.

Ada begitu banyak penampilan luar biasa, tapi akhirnya dimenangi oleh seekor anjing.

Pertunjukan ini sekarang tampaknya menjadi subjek lelucon.”

Terdapat peminat yang tidak berpuas hati, meminta dikira semula semua undian.

GENRE

Bahkan, komen di media sosial menukar akronim AGT kepada Animal Got Talent, sehingga mereka terlupa bahawa AGT bukan sekadar sebuah ajang nyanyian solo, malah melibatkan pelbagai genre hiburan, justeru siapa pun peserta boleh muncul juara!

Ekspresi kecewa Putri Ariani ketika namanya diumumkan Terry Crews terhenti pada babak empat final, di celah audiens warga Amerika sendiri menyorak ‘boo’. YouTuber bernama Shae berkata: ”Aku sangat sedih. Booooo boooo,” sambil mengacung ibu jari ke bawah.

Nama pun sebuah pertandingan, baik Putri Ariani mahupun Simon Cowell dan penonton yang hadir di studio, bahkan di rumah, harus menerima hasil undian final AGT 2023.

“Pada akhirnya, ini kompetisi.

Tiada yang dapat menafikan fakta, tampilan kamu luar biasa dan manusia luar biasa.

Saya sudah mengikuti banyak kompetisi, jujur tiada yang seperti dirimu. Kamu sebutir berlian,” kata Simon Cowell.

Juri Sofia Vergara memegang bahu Simon, “apa pun, ini ialah pertandingan.

Tapi, biar saya beritahu kamu sesuatu, Putri, tiada orang boleh menafikan hakikat kamu ialah penyanyi yang sangat hebat.

” Lantai AGT-18, masih basah dan belum kering lagi, kenyataannya kini sudah pun muncul uji bakat AGT-19 mengajak peserta mendaftar di www.AGTAuditions.com.

Nama pun sebuah kompetisi yang merupakan salah satu juzuk kehidupan hiburan.

Seperti kehidupan, sekalipun ada yang memboikotnya atau tidak berpuas hati dan kecewa, kehidupan tetap diteruskan kerana masih ramai yang mahu memiliki potensi hari esok.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha