ARTIKEL

Deputi Superintendan Alif Haiqal Ramesh Abdullah.

Berang ditegur main senjata api, lelaki tembak warga emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Berang selepas ditegur bermain senjata api, seorang lelaki bertindak menembak seorang warga emas menggunakan senapang patah sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Sungai Minus Entabai, Julau, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa berusia 69 disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahu kanan selepas ditembak dari jarak dekat di pekarangan rumah panjang berkenaan.

Suspek ditahan manakala senjata api serta peluru dirampas untuk bahan bukti. | IPD Julau.

Mangsa dipercayai sedang mencuci kaki selepas pulang dari kebun sawit sebelum seorang lelaki yang juga penduduk rumah panjang terbabit secara tiba-tiba berlari keluar dari sebuah bilik lalu melepaskan satu das tembakan.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Alif Haiqal Ramesh Abdullah berkata, suspek menggunakan senapang patah jenis SBBL 12 bore dan tembakan yang dilepaskan menyebabkan kecederaan serius kepada mangsa.

senjata api serta peluru dirampas untuk bahan bukti. | IPD Julau.

Menurutnya, kejadian itu turut disaksikan oleh seorang penghuni rumah panjang yang bertindak menyembunyikan diri kerana ketakutan, manakala seorang lagi penduduk berani membantu mangsa walaupun diugut bunuh serta diacukan senapang oleh suspek.

“Mangsa kemudian dipapah sebelum dibawa mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Nanga Entaih, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas laporan diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Julau melancarkan operasi memburu suspek sebelum lelaki berusia 43 tahun itu diberkas pada 1.35 tengah hari di rumah panjang berkenaan.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek selepas ditegur mangsa kerana bermain senjata api pada waktu subuh serta diugut untuk dilaporkan kepada polis.

Senapang patah dan peluru digunakan didapati berlesen serta milik ibu suspek, namun diambil tanpa kebenaran, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha