ARTIKEL

Gambar hiasan | Freepik.com

Beranikan diri, bersuara tangani budaya buli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kedudukan sebagai senior di sesebuah institusi atau sekolah menjadi perkara utama isu perbuatan buli berlaku dalam kalangan pelajar khususnya mereka yang baru menginjak ke alam persekolahan mahupun institusi pengajian tinggi.

Hasil temu bual Suara Sarawak mendapati rata-rata pelajar institusi pengajian tinggi mentakrifkan perbuatan buli terjadi kepada seseorang yang baharu memasuki institusi pengajian tersebut, dalam erti kata lain masih baharu di institusi terbabit.

Mengikut pengalaman mereka, perbuatan buli sememangnya berlaku di persekitaran yang mana kesemua responden mendedahkan pernah terdedah dalam situasi buli ketika berada di alam persekolahan.

  1. Mustashim Yahya, 20
    Saya tidak pernah dibuli namun pernah melihat tindakan buli dan ia kerap disaksikan berikutan saya merupakan seorang pelajar yang tinggal di asrama.

Majoriti dalangnya merupakan senior sekolah yang melakukan perbuatan buli terhadap pelajar-pelajar baharu seperti mendera, mengejek dan menakutkan seseorang terutama mereka yang baru saja menyesuaikan diri dengan suasana yang baharu.

Melihat kepada perbuatan demikian, saya tidak pernah berdiam diri dan bertindak melaporkannya kepada warden asrama atau memaklumkan kepada guru yang bertugas.

  1. Asyraff Danial, 20
    Sebagai seorang pelajar, saya mengakui pernah melihat perbuatan membuli di hadapan saya sendiri seperti tindakan menumbuk, mencaci, memakai seseorang pelajar.

Saya melihat isu ini berlaku kepada golongan junior sekolah dan rata-rata si pembuli pula merupakan pelajar senior.

Saya juga mengakui pernah dibuli namun aktiviti tersebut terhenti selepas saya bertindak memberanikan diri dengan melaporkan kegiatan itu kepada guru.

Kini saya rasa perbuatan buli sudah boleh dibendung memandangkan kita mempunyai akses digital termasuk telefon bimbit untuk merakam perbuatan buli yang berlaku di sekitar kita.

  1. Altatika ,24
    Saya pernah merasa dibuli dan menyaksikan sendiri perbuatan buli seperti memulaukan seseorang, mengejek dengan menghina fizikal, mengajak orang lain untuk sama-sama membenci atau memperlekehkan seseorang.

Pada mulanya memang saya bertindak berdiam diri apabila berhadapan dengan situasi sedemikian, namun selepas itu saya memilih untuk berada dalam persekitaran yang lebih positif dengan berkumpul bersama-sama kawan-kawan yang tidak berkelakuan seperti itu.

  1. Amisha Patrick, 23
    Saya mentakrifkan perbuatan buli merangkumi dua aspek iaitu buli fizikal dan buli mental.

Saya tidak pernah mengalami situasi buli tapi pada pendapat saya perbuatan buli termasuk aktiviti memukul, memeras ugut, mengejek hingga menyebabkan seseorang itu kurang selesa.

Saya mencadangkan agar individu yang terlibat khususnya mangsa untuk tampil membuat laporan kepada guru atau ibu bapa bagi memastikan persekitaran pembelajaran tidak terganggu oleh anasir negatif sedemikian.

  1. Puteri Nurbalqis Mohamad Kamal, 22
    Saya pernah melihat perbuatan buli terhadap seorang rakan sekelas sehingga menjadi murung apabila sekumpulan pelajar memanggilnya dengan gelaran yang tidak baik.

Saya terus menegur perbuatan mereka agar perbuatan itu tidak berulang lagi dengan memberi amaran akan melaporkan kepada pihak berkuasa seandainya mereka masih meneruskan perbuatan tersebut.

Sebagai manusia, kita haruslah mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku atau berleluasa.

Saya mengakui, perbuatan buli selalunya berlaku disebabkan perasaan dendam atau diri pembuli mungkin pernah merasai perkara sama suatu ketika dahulu, sehingga menyebabkan mereka mengulangi perbuatan sama terhadap seseorang yang baharu atau dilihat lemah.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha