ARTIKEL

Al Redzamani bersama Steven memotong riben simbolik melancarkan Program Jualan Rahmah Ramadan di perkarangan Tamu Emart Bintulu, pada petang Khamis.

Berbelanja ikut keperluan, jangan membazir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkasa Konsep Payung Rahmah sekali gus menjadi satu daripada strategi menggerakkan agenda menangani kos sara hidup rakyat tahun ini.

Ketua Cawangan KPDN Bintulu, Al Redzamani Abdul Razak berkata konsep itu (Payung Rahmah) akan terus diperluas melalui komponen Inisiatif Ihsan Rahmah Swasta dan Industri.

Beliau berkata penganjuran Program Jualan Rahmah merupakan antara satu inisiatif di bawah Konsep Payung Rahmah.

“Program Jualan Rahmah (PJR) adalah program jualan barangan keperluan harian dengan kerjasama rakan strategik bagi memberi pengurangan harga barangan semasa program berlangsung antara 10 sehingga 30 peratus berbanding dengan harga pasaran semasa.

“Seperti yang kita lihat, kita mengadakan Program Jualan Rahmah atau PJR. Hari ini special kita panggil ia Program Jualan Rahmah Ramadan (PJRR) dengan rakan strategik, iaitu pihak Pasaraya Emart Bintulu,”katanya ketika ditemui usai pelancaran PJRR di pekarangan Tamu Emart Bintulu, petang Khamis.

Simbolik pelancaran disempurnakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Steven Kong Kai Seng.

PJJR yang berlangsung selama dua hari, 4 hingga 5 April ini menawarkan sejumlah 16 barangan keperluan harian ayam, sayap ayam, ikan, ubi kentang, brokoli, kobis bulat, telur ayam, gula, tepung gandum, beras pulut, beras, roti, mi segera Maggi, minuman Choco Malt Emart, teh Boh 3 dalam 1 dan sabun pencuci pakaian.

Dalam pada, Al Redzamani juga menggalakkan penduduk Bintulu untuk berkunjung ke Tamu Emart Bintulu bagi mendapatkan barangan pada kadar harga lebih rendah sekali gus menasihati mereka untuk berbelanja secara berhemah mengikut keperluan.

“Nasihat saya berbelanjalah mengikut keperluan, jangan membazir sebab kita sekarang di era inflasi sekali gus menyifatkan penganjuran PJR sebagai inisiatif terbaik kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40) untuk membeli barangan keperluan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang,”ujarnya lagi.

Al Redzamani dan Steven meninjau barangan basah yang ditawarkan pada Program Program Jualan Rahmah Ramadan di perkarangan Tamu Emart Bintulu.
Al Redzamani dan Steven melihat minyak masak yang ditawarkan pada Program Program Jualan Rahmah Ramadan di perkarangan Tamu Emart Bintulu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,