ARTIKEL

BERBUKA PUASA DI MUZIUM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

S ELASA lalu, pertama kali saya dan dua sahabat berbuka puasa di luar pejabat.

Sebelum ini, kami sentiasa berbuka puasa di pejabat dengan membawa bekal dari rumah.

Kali ini, kami berbuka puasa di Restoran Muzium Budaya Borneo di Kuching.

Restoran yang terletak di tingkat bawah Muzium Budaya Borneo ini mula beroperasi pada awal Ogos 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, pembukaan restoran itu akan memenuhi permintaan untuk lebih banyak restoran untuk pengunjung muzium.

Restoran itu, katanya, dilengkapi kafeteria sedia ada yang terletak bersebelahan dan menjadi tempat yang sesuai untuk pengunjung yang datang ke Kuching, sama ada pergi ke muzium atau hanya untuk menjamu selera.

Restoran ini dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam manakala kafeterianya dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

Restoran Muzium Budaya Borneo adalah antara restoran mewah yang menawarkan masakan gabungan Sarawak dan merupakan tambahan terbaru kepada Muzium Budaya Borneo yang ikonik di sini.

Meskipun saya sudah dua kali melawat muzium terbesar di Asia Tenggara ini, saya belum lagi pergi makan di restoran mahupun kaferianya.

Jadi, Selasa lalu merupakan pengalaman pertama memasuki restoran ini, sekali gus merasai makanan yang disajikan.

Mengapa Restoran Muzium Budaya Borneo?

Semuanya bermula pada 22 Februari lalu, apabila saya melihat artikel ‘Lan Sungkei Sitok di Muzium’ yang diperkenalkan oleh restoran ini di akhbar dan media sosial.

Saya tertarik dengan promosi bufet Ramadan yang ditawarkan bermula pada 23 Februari lalu hingga 19 Mac ini.

Bagi sebuah restoran mewah,harga bufet yang ditawarkan boleh dikatakan berpatutan.

Pelanggan yang membuat tempahan awal hanya perlu membayar RM78 seorang berbanding RM98 pada harga normal manakala RM119 untuk pelanggan yang datang terus pada hari tersebut.

Harga untuk kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun pula RM48 seorang dan lima tahun ke bawah pula adalah percuma.

Menjadikan bufet Ramadan di restoran ini bertambah menarik kerana ia menawarkan dua jenis hidangan bufet berbeza untuk satu tempoh.

Maksudnya, pelanggan boleh menikmati dua jenis hidangan berbeza.

Pertama pada tempoh 23 Februari hingga 7 Mac dan kedua pada 8 hingga 19 Mac.

Kami memilih untuk pergi pada 10 Mac.

Memetik pengurus restorannya, Mohd Hafi z Abd Rahman, daya tarikan utama penganjuran bufet ini bukan sekadar pada hidangan yang disediakan, sebaliknya terletak pada konsepnya yang menggabungkan pengalaman menjamu selera dengan penghayatan suasana warisan dan budaya dalam satu lokasi yang sama.

Menurutnya, hidangan yang disajikan mengetengahkan cita rasa tradisional yang dekat di hati masyarakat, sekali gus melengkapkan suasana berbuka yang sarat dengan elemen warisan.

Melihat kepada maklumat ini, saya mengajak tiga sahabat saya berbuka puasa di restoran tersebut.

Bagaimanapun, seorang sahabat saya tidak dapat menyertai kami kerana urusan kerja.

Tarikh 10 Mac menjadi pilihan kerana kami dapat mengambil cuti bersama.

Kali pertama merasai makanan yang disajikan di restoran ini, saya akui ia sangat sedap dan memenuhi selera.

Suasana di dalam restoran itu juga selesa dan cantik, sesuai dengan konsepnya. Hidangan yang menjadi tarikan saya pula adalah Udang Laut Garam dan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api.

Manakala seorang sahabat saya memilih kambing golek dan seorang lagi hidangan pencuci mulutnya.

Berdasarkan pemerhatian pada malam itu, saya dapati setiap hidangan bufet yang ditawarkan di restoran ini memuaskan hati semua pelanggan kerana hidangan akan diisi semula setelah habis.

Menariknya, pada tarikh yang sama tahun lalu, kami pernah merancang untuk berbuka puasa di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Bagaimapun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan.

Pada mulanya saya tidak ingat tarikh 10 Mac 2025 dan rancangan berbuka puasa di BCCK. Rakan saya yang memaklumkan mengenainya. Ini kerana sahabat saya masih menyimpan mesej perbualan lama kami di dalam telefon pintarnya.

Terkejut dengan pendedahan tersebut, pemilihan tarikh 10 Mac untuk berbuka puasa tahun ini tetapi di lokasi lain — Restoran Muzium Budaya Borneo sangat kebetulan.

Jadi, kami telah menunaikan hajat yang tertunda tahun lalu.

Sepanjang Ramadan, pelbagai promosi serta pembukaan tempahan awal bufet ditawarkan.

Justeru, pilihan bufet Ramadan harus sesuai dengan bajet dan cita rasa masing-masing.

Pendek kata, makan di bufet merupakan kemudahan menjamu selera pelbagai jenis hidangan dalam satu tempat, menjimatkan masa memasak, selain memberikan pengalaman keraian yang menyeronokkan bersama-sama keluarga dan sahabat handai.

BERITA LAIN

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

BERITA TERBARU