ARTIKEL

Bergaduh, ganggu ketenteraman awam, dua lelaki didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua orang lelaki tempatan masing-masing dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana bergaduh sesama sendiri sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Lelaki berusia 35 dan 42 tahun tersebut masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bergaduh di tempat awam hingga mengganggu ketenteraman awam di sebuah premis kedai di Jalan Merbau, Pending, sekitar jam 2 petang, 30 Oktober lepas

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 159 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 160 Kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan pegawai polis menerima maklumat awam berkaitan satu pergaduhan dan mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan.

Semasa lawatan ke hospital berkenaan, mangsa yang berusia 35 tahun tersebut mengalami kecederaan luka panjang di bahagian belakang badan.

Semasa soal siasat dilakukan, mangsa memaklumkan bahawa ketika dia sedang duduk di sebuah premis kedai tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki yang dikenali menggunakan senjata tajam sebelum melarikan diri.

Dia tidak mengetahui punca sebenar dia diserang dan tidak mahu melaporkan kejadian kepada pihak polis dengan menyelesaikan perkara terbabit secara sendiri.

Tangkapan dilakukan ke atas lelaki berusia 42 tahun terbabit pada hari yang sama di sebuah jambatan Jalan Merbau sekitar 4 petang.

Hasil siasatan mendapati mangsa dan tertuduh membuat provokasi antara satu sama yang lain sebelum perjumpaan.

Mereka yang berjumpa bagi menyelesaikan perselisihan faham berakhir dengan bergaduh sesama sendiri hingga mengganggu ketenteraman awam.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Aqila Morsalin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

RM174.94 juta diperlukan kendali PRU Sarawak ke-13

KUCHING: Pengendalian Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM174.94 juta membabitkan 40,505 petugas serta penyediaan 2,027 pusat mengundi di seluruh negeri.

BERITA TERBARU

RM174.94 juta diperlukan kendali PRU Sarawak ke-13

KUCHING: Pengendalian Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM174.94 juta membabitkan 40,505 petugas serta penyediaan 2,027 pusat mengundi di seluruh negeri.