Trending

Berganding bahu elak gelombang kedua Covid-19

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

HAMPIR sebulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di negara ini, kebanyakan sektor ekonomi telah pun dibenarkan beroperasi.

Rakyat menjalani kehidupan harian dengan norma baharu, penggunaan pelitup muka, sanitasi tangan dan penjarakan sosial ketika berada di tempat awam. Bukan itu sahaja, sesetengah aktiviti juga dibenarkan seperti berhimpun tidak melebihi 100 orang, tetapi mengikut keadaan tempat, taska dibenarkan dibuka, malah sekolah juga dibuka untuk mereka yang bakal mengambil peperiksaan awam.

Jalan raya kembali sesak dan ramai yang bekerja dari rumah ketika PKP telah kembali bekerja di pejabat mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Jika diimbas kembali keadaan semasa PKP fasa pertama pada 18 Mac lalu, mungkin ia menunjukkan keadaan yang berbeza.

Keadaan bandar yang riuh tiba-tiba menjadi sunyi, jalan raya yang sesak bertukar lengang. Malah hanya seorang daripada ahli keluarga dibenarkan keluar membeli barang keperluan pada satu masa. Ia langkah awal negara untuk mencegah dan menangani penularan wabak Covid-19 yang semakin hangat merebak di seluruh dunia.

POLIS mengawasi pintu masuk pasar borong Xinfadi, yang dikaitkan dengan jangkitan baharu Covid-19 di Beijing.-AFP

Bekerja dari rumah menjadi norma baharu bagi kebanyakan kakitangan awam mahupun swasta. Penggunaan teknologi internet amat penting ketika PKP. Selain itu, kita juga melihat bagaimana para barisan hadapan seperti doktor dan jururawat bertungkus-lumus merawat pesakit Covid-19.

Begitu juga pihak berkuasa dan anggota keselamatan yang menjaga sempadan negara, negeri dan daerah bagi mengelakkan rakyat keluar merentas kawasan yang tidak dibenarkan.

Namun kini, rakyat bebas untuk bergerak merentasi negeri mahupun daerah dan dibenarkan balik ke kampung halaman masing-masing melawat ibu bapa. Walaupun kini PKP telah digantikan dengan PKPP, namun rakyat sering digesa dan diingatkan agar mematuhi setiap arahan, peraturan dan undang-undang.

Mana-mana individu atau premis yang didapati melanggar arahan bagi setiap PKP sehingga PKPP akan dikenakan tindakan yang tegas.

Uggah pada sidang media harian Covid-19 di bangunan DUN lama di Kuching, hari ini. Turut kelihatan Kui Hian (kiri) dan Dr Chin (kanan).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatnkuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika sidang media harian Covid-19 berkata, tempoh untuk memberi nasihat telah tamat dan kini tindakan yang tegas akan diambil oleh pasukan pemantauan PKPP terhadap premis yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di negeri ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan ibu bapa dibenarkan untuk membawa anak-anak mereka ke pusat membeli-belah dan kedai makanan, akan tetapi haruslah mengikut SOP yang ditetapkan.

Bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anak-anak kecil tidak perlu dibawa ke tempat yang sesak atau tempat awam kerana pada usia mereka masih belum tahu bagaimana untuk menjaga jarak atau keselamatan diri sendiri.

Sekiranya kita melihat kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan dari awal pelaksanaan PKP hinggalah ke PKPP kini, ia bukan bererti negara telah berjaya menangani wabak Covid-19 ini. Ia mungkin sedikit kejayaan rakyat mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi menangani wabak tersebut.

Malah di Sarawak kini masih lagi terdapat kes positif di Bintulu sehingga wujudnya Kluster Kidurong. Kelonggaran yang diberikan kepada rakyat ketika PKPP dan PKPB sebelum ini bukan untuk rakyat bermaharajalela ketika berada di luar, namun memberi peluang untuk kita mempelajari norma baharu.

Justeru, rakyat haruslah sentiasa ingat bahawa virus Covid-19 masih lagi menular dan ‘berkeliaran’ mencari mangsa seterusnya. Jangan ulangi kesilapan negara-negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan sehingga terjadinya gelombang kedua Covid-19.

Marilah kita bekerjasama dan berganding bahu untuk mengelak gelombang kedua Covid-19 Cukuplah sekali kita berkurung, tidak bebas melakukan apa-apa sehingga ekonomi negara merudum.

Harus diingat kita belum lagi memenangi peperangan menangani wabak Covid-19 ini. Kita hendaklah sentiasa menggunakan pelitup muka, sanitasi tangan, mengamalkan penjarakan sosial dan patuhi arahan yang telah digariskan dalam SOP ketika PKPP.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Solusi akhiri konflik

PUNGUTAN suara terbaharu di Dewan Keselamatan PBB berkaitan resolusi gencatan

Mahu dikurung lagi?

ENAM hari lepas, kita dikejutkan dengan berita yang melaporkan kes

Pimpinlah tanganku

BAGI anda kepimpinan itu seperti apa? Saya menganggap ia tanggungjawab

Curang itu pilihan?

SELEPAS kisah Abang Tesla beristeri dua menjadi tumpuan netizen dan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru