ARTIKEL

Berhimpun semasa penularan wabak, menyalahi syariat agama – Ulama Azhar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Kanan Al-Azhar pada Jumaat bersetuju bahawa berhimpun semasa penularan wabak menyalahi syariat agama, sekali pun bertujuan ibadah.

Perkara itu dinyatakan dalam siri kedua fatwa-fatwa berkaitan penularan wabak COVID-19 yang dipaparkan dalam satu kenyataan berbahasa Arab di laman Facebook Majlis berkenaan.

Menurut kenyataan itu, memandangkan wabak ini boleh menular menerusi sentuhan fizikal, Majlis Ulama sepakat bahawa sebarang perhimpunan dan ajakan ke arahnya, termasuk berdoa beramai-ramai merupakan satu kesalahan dari segi syarak.

“Sebaiknya ia dilakukan di rumah masing-masing”, kata kenyataan itu.

Majlis Ulama yang diketuai Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb itu turut meluluskan lima fatwa lain berhubung penularan wabak COVID-19, antaranya larangan menyebar spekulasi dan mempromosikan khabar angin yang tidak ditentusahkan.

“Ia perbuatan yang dikutuk dalam Islam kerana boleh menyebabkan mudarat kepada orang lain dan menimbulkan ketakutan”, katanya.

Kenyataan itu juga menyatakan orang ramai (dalam hal ini Muslim), wajib mematuhi arahan pemerintah termasuk penutupan masjid bagi menjaga kemaslahatan umum semasa pandemik.

Majlis itu turut menegaskan larangan memonopoli barangan dan mengeksploitasi keperluan rakyat semasa pandemik dan bencana, sehingga menyebabkan kenaikan harga melampau.

Selain itu, Majlis berkenaan juga memutuskan wajib mematuhi arahan khusus kuarantin dan perintah-perintah lain yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti bagi membendung penularan wabak.

Dalam hal ini, termasuklah larangan menyembunyikan maklumat berkaitan penyakit yang hanya akan menjejaskan keselamatan petugas kesihatan.

Fatwa terakhir dalam siri kedua ini menyatakan agihan dan pembayaran zakat boleh disegerakan sebelum waktu kelazimannya dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19 dan kesannya terhadap asnaf.

Terdahulu dalam siri pertama yang dikeluarkan pada 15 Mac, Majlis Ulama Kanan al-Azhar meluluskan fatwa harus menangguhkan solat Jumaat, termasuklah solat berjemaah di masjid, jika perlu, susulan penularan wabak COVID-19 .

Sehingga tengah hari semalam, media melaporkan wabak COVID-19 sudah menular ke lebih 200 negara dan wilayah, yang menyaksikan jumlah kes disahkan positif melebihi sejuta.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik