ARTIKEL

Beri masa Tun M pulihkan ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyatakan sokongan agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tempoh secukupnya untuk memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata langkah itu wajar dilakukan Dr Mahathir sebelum menyerahkan jawatan perdana menteri kepada penggantinya.

Mohamed Azmin turut bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar Dr Mahathir diberikan tempoh untuk memulihkan ekonomi negara terlebih dahulu sebelum menyerahkan jawatan perdana menteri.

“Setuju,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai kenyataan Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, dalam wawancara bersama Nikkei Asian Review baru-baru ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi melancarkan Karnival Kerjaya Graduan Aspire, di sini.

Dalam wawancara itu, Mukhriz berkata tiada perjanjian yang peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun, malah cadangan sebegitu tidak dinyatakan sama ada atas kertas mahupun perjanjian secara lisan.

Mukhriz menegaskan Dr Mahathir perlu diberikan masa untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri walaupun usia Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah lanjut.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU