ARTIKEL

Beri peluang kepada Kerajaan Perpaduan cipta pelbagai kejayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Rakyat perlu terus memberi peluang dan masa kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa negara ini ke arah yang lebih baik dan mencipta pelbagai kejayaan. 

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata untuk tempoh enam bulan mentadbir negara ini, beberapa kejayaan telah pun dapat dilihat termasuk peningkatan kedudukan negara dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) 2023.

“Saya cuma nak kongsi sedikitlah pencapaian Kerajaan MADANI, IMD ranking dunia baru umumkan Malaysia buat pertama kali kalahkan Korea Selatan dari segi daya saing dunia, ranking kita dah melonjak daripada tangga 32 (tahun lepas), kini menduduki tangga 27 mengatasi Korea Selatan ini.

“Sudah lama kita tak pernah mencapai ini, sebab itu saya kata pimpinan berintegriti di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim dah mula membuahkan hasil,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Awam Teluk Wanjah di sini hari ini.

Nga berkata selain itu kadar inflasi negara yang mereda kepada 2.8 peratus pada Mei tahun ini seperti yang diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia, semalam dicapai hasil usaha gigih kerajaan.

— LAGI

NGA-PENCAPAIAN 2 (AKHIR) ALOR SETAR

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan pentadbiran negara berada di landasan tepat, namun memerlukan masa untuk mencipta lebih banyak pencapaian yang membawa manfaat kepada rakyat.

“Takkanlah enam bulan ini kita nak sampai ke bulan, nak bina rumah PPR pun ambil masa 36 bulan, oleh itu masa sangat penting,” katanya.

Nga berkata kedudukan Malaysia yang berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 berdasarkan laporan Reporters Without Borders (RSF), berbanding tangga ke-133 tahun lepas turut dilihat sebagai pencapaian memberangsangkan.

“Dulu (media) dibelenggu kini dibebaskan, ini bermaksud kerajaan ini menghormati demokrasi serta mendengar suara rakyat, kerajaan Malaysia MADANI pun tak main sentimen kaum ataupun fahaman agama yang sempit, tak ada, kita cuma fokus bekerja,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang dilapor menyifatkan Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan ‘korup’, Nga yang juga Naib Presiden DAP berkata semua ahli parti itu ‘wajib’ memberi sokongan kepada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kita tidak ada masa untuk berbalah, tetapi inilah masanya untuk kita fokus bekerja, tugas kita adalah memperkukuhkan Kerajaan MADANI, sebab itu saya katakan UMNO wajib bantu DAP dan DAP wajib bantu UMNO… kita harus move on lupakan sengketa lama dan perbalahan pada masa silam,” katanya.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha