ARTIKEL

DR. Johnical bergambar kenangan bersama-sama tetamu lain pada Program Jangkauan Luar MEITD 2025 di sini, semalam. Foto. UKAS

Beri pendedahan awal peluang pendidikan, kemahiran kepada penduduk luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENGKILILI: Usaha memberikan pendedahan awal terhadap peluang pendidikan, latihan kemahiran dan pembangunan bakat terutama di luar bandar dilihat sangat signifikan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia memastikan penduduk yang jauh dari bandar turut mempunyai akses maklumat lebih luas.

“Sehubungan itu, Program Jangkauan Luar Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) 2025 sangat penting.

“Inisiatif tahunan MEITD untuk menjelajah ke kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh Sarawak, dapat memastikan akses maklumat pendidikan secara inklusif dan bersemuka,” katanya merasmikan Program Jangkauan Luar MEITD 2025 dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili, Dr. Johnical Rayong Ngipa.

Beliau turut menekankan pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kemahiran digital serta bidang keusahawanan teknologi sebagai laluan kerjaya anak muda.

Pada program yang disertai pelbagai institusi pendidikan seperti Yayasan Sarawak, Sarawak Skills dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) itu diisi dengan aktiviti interaktif seperti Cabaran STEM bagi memupuk kemahiran abad ke-21.

Dalam pada itu diketengahkan Program Pemantapan Pendidikan Sarawak (SEEP), Skim Pendidikan Percuma Peringkat Universiti, bantuan baucar buku dan komputer serta biasiswa pendidikan digital.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha