ARTIKEL

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan Tiga Individu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Kenyataan MCMC memaklumkan rakaman keterangan dan siasatan lanjut berhubung perkara itu telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor hari ini selain menyita tiga telefon bimbit dan tiga kad SIM bagi membantu siasatan.

Menurut MCMC, kandungan video itu dipercayai bersifat jelik melampau dan telah mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tinjauan Bernama di platform TikTok mendapati video berdurasi hampir dua minit itu, yang dimuat naik oleh beberapa pemilik akaun, memaparkan tiga remaja lelaki dipercayai memberikan nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan yang tidur di kaki lima. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan