Trending

Berita Al Jazeera undang kemarahan rakyat Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Berita dilaporkan oleh Al Jazeera yang memaparkan kezaliman Kerajaan Malaysia terhadap pendatang asing tidak benar dan tidak tepat, kata Jacqueline Nur Atiqah Abdullah.

Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) itu berkata dihubungi mengulas mengenai video berdurasi yang 54 saat disiarkan dalam laman Facebook – 01East-Al Jazeera, semalam bertajuk 101 East Investigates Malaysia’s Crackdown On Migrants During Covid19 Pandemic.

Menurut Jacqueline, laporan awal yang ditunjukkan oleh stesen TV itu mengenai warga asing di Kuala Lumpur ketika seluruh negara berada dalam tempoh PKP – kelihatan seperti benar walau hakikat berita itu dikutip dari sudut yang tidak tepat.

“Bagaimanapun, laporan kedua stesen TV itu memaparkan kesejahteraan pelarian ketika mereka tiba di perairan Malaysia. Apa yang cuba Al Jazeera cuba tunjukkan kepada dunia?,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Tambahnya, Al Jazeera harus mencari sumber tepat mengapa PDRM dan ATM bertindak dan menahan pendatang asing tanpa izin berkenaan.

“Berapakah jumlah sebenar warga asing yang positif Covid-19? Adakah wartawan Al Jazeera mendengar dengan tepat dan kutip fakta berkenaan. Apakah wartawan mereka menyertai sidang media harian Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob?

“Saya yakin Al Jazeera akan mendapat jawapan. Tetapi jawapan itu seolah-olah mereka perolehi daripada soalan ramalan yang mereka sendiri cipta tanpa fakta. Laporan itu langsung tidak benar,” tegasnya.

Jacqueline menjelaskan, kerajaan juga mengambil berat mengenai kesejahteraan warga asing seperti Rohingnya yang datang kerana ketegangan kaum dan agama di Myanmar. “Saya minta Al Jazeera mencari sumber yang tepat untuk mendapatkan maklumat dan bukannya melaporkan cerita negatif dan tidak benar.

“Daripada apa yang saya tonton dalam video tersebut, pihak penguat kuasa seperti tentera dan polis memeriksa dokumen warga asing. “Ia adalah SOP biasa untuk mengetahui sama ada mereka datang secara sah atau menyalahi undangundang. Saya tidak menganggap penguat kuasa itu kasar atau biadap.

“Mereka hanya menjalankan tugas dan walaupun dihantar ke kem tahanan, mereka masih dilayan dengan baik. “Jika mereka didapati bersalah dan dihantar pulang, pulanglah… kerana ia bukan isu. Tetapi jika ada dokumen, mereka boleh menetap dan bekerja seperti biasa,” tegasnya.

Tambahnya, pendatang asing didapati bergejala Covid-19, sudah tentu perlu dikuarantin dan tapak pembinaan ditutup. “Itu adalah prosedur biasa. Al Jazeera mengeluarkan berita tanpa usul periksa. Saya juga tertanya-tanya dari mana mereka dapat sumber tersebut?” soal Jacqueline.

Video tersebut mengundang kemarahan warga Malaysia apabila memaparkan mengenai layanan Kerajaan Malaysia terhadap warga asing ketika PKP dan cerita itu dibuat seolah-olah menggambarkan negara ini kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap Pati.

 

Realitinya bukan seperti itu…

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru