ARTIKEL

Berita lelaki mati, hidup semula tidak betul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Berita mengenai kematian salah seorang penduduk dari Kampung Salah Kecil Pulau Bruit yang dikatakan mati hidup semula selepas dua jam meninggal dunia adalah tidak benar.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Hospital Daro, Dr Al Husna Dahyan ketika dihubungi Suara Sarawak petang tadi.
Jelasnya cerita yang tular di media sosial tersebut bukan cerita sebenar, cuma pesakit berada dalam keadaan tidak stabil semasa dirujuk ke Hospital Daro.
“Kita sudah maklumkan kepada Ibu Pejabat Kesihatan di Kuching, kisah yang tular tersebut adalah tidak tepat.

Hantaran yang tular di media sosial adalah tidak tepat.

“Cuma pesakit tersebut dalam keadaan tidak stabil semasa dalam perjalanan untuk dirujuk ke Hospital Sibu dan kita terpaksa berpatah balik,” katanya.
Jelasnya lagi pesakit tersebut turut memohon untuk pulang ke rumah dan diarahkan untuk berehat oleh doktor.
Hantaran yang memaklumkan pesakit yang dikenali Dahlan Sahada dari Kampung Salah Kecil hidup semula selepas dua jam disahkan meninggal dunia tular di Facebook pada pagi ini dan mendapat perkongsian ramai pengguna.
Bagaimanapun sehingga petang ini, laman Facebook yang menularkan berita berkenaan hanya menjelaskan berlaku kekeliruan, sedangkan pihak doktor sebelum ini jelas belum mengesahkan pesakit meninggal dunia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai