ARTIKEL

Berjalan sejauh lima kilometer demi ilmu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Demi ilmu, pada masa yang sama kerana sayang akan nyawa susulan Covid-19, enam murid SK Pakit di sini sanggup meredah jalan sejauh lima kilometer di ladang sawit untuk menghadiri kelas secara talian.

Bosan kerana tidak melakukan apa-apa di rumah, enam murid menyahut cabaran untuk menyiapkan tugasan yang disediakan pihak sekolah.

Difahamkan penduduk di rumah panjang di Kampung Panggau tidak menerima akses Internet.

Tetapi ini tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar tetapi tetap mematuhi arahan PKP.

Fiorella Felix, murid Tahun Dua SK Pakit Sri Aman memberitahu, gurunya memberikan banyak kerja sekolah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memerlukan Internet untuk disiapkan.

“Di kampung kami belum akses Internet. Tidak ada masalah, kami ke sini untuk menyiapkan kerja sekolah. Lagipun, dengan suasana alam flora di sini, kami tenang belajar,” katanya sambil ditemani rakannya lain.

Sehubungan itu, kesungguhan mereka ini mendapat perhatian Persatuan Kebajikan Projek Pensel Sri Aman yang tampil memberi sumbangan untuk mereka berteduh.

Setiausahanya Yen Jebeni menjelaskan, pihaknya mengambil inisiatif untuk menyediakan khemah dan meja lipat kepada setiap pelajar untuk keselesaan belajar di kawasan tersebut.

Bagi Mary Stephen, ibu kepada Fiorella pula berkata, tempoh PKP kini memang mencabar buat semua, namun untuk membelakangkan pendidikan anak-anak bukanlah satu pilihan sebagai ibu bapa.

“Cikgu-cikgu di sini ada inisiatif menggunakan pembelajaran atas talian. Kerja rumah dihantar menggunakan talian Internet,” ujarnya.

Mary berharap, kerajaan atau mana-mana pihak berkenaan dapat membantu meningkatkan kemudahan Internet di kampung mereka bagi memastikan anakanak tidak ketinggalan daripada aspek pendidikan demi masa depan mereka.

BERITA LAIN

DUN berengkah baum 12 Oktober

KUCHING: Aum kepenudi penggal kelima Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak Ke-19 berengkah ari 12 Oktober tu pengelama lapan hari, engkau empat rang undang-undang (RUU) deka dipejurai.

Dua lelaki ditan mai dadah RM3.3 juta

KUCHING: Dua iku lelaki peranak menua tu mujur ditangkap dipelaba bisi kaul bejual dadah pengudah 32.73 kilogram pil Erimin 5 ti berega RM3.3 juta dirampas

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.