ARTIKEL

Berjuta cubaan menggodam PADU berjaya dielak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Setakat ini pasukan pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) berjaya mengekang berjuta cubaan menceroboh,” demikian menurut kenyataan Facebook Kementerian Ekonomi – Laman Rasmi.

PADU dibina, diselenggara oleh penjawat awam dan tiada pihak ketiga yang mempunyai akses ke atas data tersebut tambah kenyataan itu lagi.

Data peribadi rakyat yang bersifat rahsia ini dijaga sepenuhnya oleh penjawat awam yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Jumlah pengemaskinian maklumat individu yang direkodkan sehingga 11 Mac 2024 telah mencapai seramai 4.32 juta orang.

Kini berbaki 20 hari lagi sebelum sistem PADU ditutup pada 31 Mac 2024 dan masih belum terlambat untuk membuat pengemaskinian maklumat melalui portal PADU di https://www.padu.gov.my atau hadir ke kaunter PADU berdekatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU