ARTIKEL

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara, Prof Datin Paduka Datuk Dr Aini Ideris daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Anugerah Akademik Negara ke-17.

Aini Ideris dinobat Tokoh Akademik Negara, bawa pulang RM200,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KLANG: Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Emeritus Datuk Dr Aini Ideris, dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara pada Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-17 hari ini.

Beliau, 73, menerima anugerah itu daripada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sebuah hotel di sini, selain membawa pulang piala, sijil dan wang tunai RM200,000.

Penghasilan vaksin penyakit Newcastle dan vaksin kultur tisu fowl pox yang menembusi pasaran antarabangsa tersenarai antara sumbangan besar Dr Aini dalam bidang perubatan avian, bioteknologi haiwan dan pembangunan vaksin.

Selain itu, sembilan ahli akademik lain turut diiktiraf, termasuk penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan yang masing-masing meraih RM25,000, manakala penerima kategori lain mendapat RM50,000 bersama trofi dan sijil.

Dalam ucapannya, Zambry menegaskan bahawa majlis itu merupakan penghormatan tertinggi negara kepada ilmuwan dan sarjana, sekali gus amanah untuk terus meneroka ilmu serta melahirkan sarjana yang membina kegemilangan bangsa seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

3,050 kanak-kanak terima manfaat di 110 pusat SeDidik

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) terus memperkukuh pembangunan awal kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti dan peluang