ARTIKEL

FOTO janaan AI.

Berkahwin atau kekal bujang?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARU-BARU ini tular satu persoalan di media sosial; kalau tak kahwin, nanti dah tua siapa nak jaga?

Siapa akan bawa ke hospital? Siapa yang uruskan ubat? Siapa orang pertama yang sedar kalau tiba-tiba meninggal dunia di rumah, dalam keadaan hidup berseorangan?

Rumah bertingkat anda kini mungkin jadi satu mimpi ngeri ketika usia emas.

Kenyataan tersebut mendapat ribuan perkongsian warganet termasuk rakan sebay a yang belum berkahwin.

Ramai juga yang berseloroh untuk mengumpul duit dan mendaftarkan diri di rumah orang tua.

Soalan “bila nak kahwin” pasti sering didengar dan lali untuk dijawab bagi golongan tersebut.

Banci Penduduk Malaysia merekodkan 8.4 juta penduduk berumur 15 tahun ke atas belum pernah berkahwin, bersamaan kira-kira 34 peratus.

Rakan saya sendiri tidak meletakkan ‘kahwin’ sebagai salah satu sasaran ketika ini.

Bukan tidak mahu berkahwin, tetapi lebih kepada belum bersedia.

Cera i meningkat

Menurut data Perangkaan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Malaysia 2025, Malaysia merekodkan 190,304 perkahwinan pada 2024, meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pun begitu, data perceraian turut meningkat 4.1 peratus kepada 60,457.

Kadar Perceraian Am (GDR) menunjukkan peningkatan bagi lelaki kepada 7.9 (2024) daripada 7.8 (2023) bagi setiap seribu penduduk lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin. Trend yang sama juga direkodkan bagi perempuan, GDR meningkat kepada 8.1 (2024) daripada 8.0 (2023) bagi setiap seribu penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih yang berkahwin.

Umur puncak perceraian bagi lelaki ialah 38 tahun dan 36 tahun bagi wanita. Jangka usia yang boleh dikatakan masih muda.

Kes cerai daripada orang sekeliling juga mengengaruhi pemikiran rakan saya untuk memiliki sama ada kekal bujang atau berkahwin.

Dari sudut yang lain, ada yang menangguhkan impian membina keluarga disebabkan berdepan realiti kos sara hidup, pekerjaan tidak menentu dan jangkaan kewangan.

Menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), tekanan ekonomi, ketidakpadanan pekerjaan serta cabaran membina kerjaya dikenali pasti antara faktor yang mendorong sebahagian golongan muda menangguhkan perkahwinan.

Dalam konteks ini, trend peningkatan usia perkahwinan perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan ke atas struktur penduduk negara dalam jangka panjang.

Menurut laporan media, Pengerusi LPPKN Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, Kaji Selidik Persepsi Awam Dalam Talian LPPKN bersempena dengan Hari Penduduk Sedunia 2025, yang melibatkan 3,625 rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mendapati, 90.9 peratus responden bujang berhasrat untuk berkahwin, manakala 91.1 peratus mahu mempunyai anak pada masa hadapan.

Dalam kalangan responden yang berkahwin pula, 33.8 peratus berhasrat untuk menambah cahaya mata, dengan purata saiz keluarga yang diinginkan ialah 2.8 orang anak.

Bagaimanapun, 17.6 peratus responden melaporkan mereka tidak dapat mencapai bilangan anak yang diinginkan disebabkan pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi, peningkatan kos sara hidup, jadual kerja yang mencabar, masalah kesuburan serta faktor kesihatan.

Pilihan peribadi

Data-data ini membuktikan dilema apabila golongan muda tidak menolak perkahwinan atau menjadi ibu bapa, namun berdepan cabaran berkaitan ekonomi, pekerjaan, kos sara hidup, perumahan dan kesuburan.

Semakin banyak pertimbangan diperlukan sebelum berhasrat untuk berkahwin.

Namun, perkahwinan bukanlah satu-satunya jaminan seseorang tidak akan berasa kesunyian atau terabai apabila menginjak usia tua.

Ada anak pun bukan jaminan untuk mereka sentiasa menjaga kita menjelang hari tua.

Justeru, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan sokongan komuniti juga memainkan peranan penting dalam memastikan seseorang mempunyai tempat bergantung.

BERITA LAIN

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

Peperiksaan medan bina diri

Peperiksaan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seorang pelajar. Peperiksaan bukan sekadar mengukur sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang dipelajari, malah menjadi medan untuk

BERITA TERBARU