ARTIKEL

Berlaku salah faham bagi pengecualian lagu ‘O Holy Night’ – TVS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: TV Sarawak (TVS) tampil dengan penjelasan bahawa berlaku salah faham berhubung dakwaan pengecualian lagu ‘O Holy Night’ dalam Program ‘ A Christmas Carol, Sarawak in Diversity’.

Menerusi satu kenyataan TVS menyatakan bahawa penganjur tidak berniat untuk mengecualikan lagu tersebut.

“Sebenarnya mereka (penganjur) sedang berusaha untuk memasukkan lagu tersebut dan sedang bersungguh-sungguh menyediakan semua elemen yang diperlukan untuk persembahannya, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut katanya, objektif utama program tersebut adalah untuk mewujudkan acara muzikal bertemakan Christmas Carol, yang menampilkan penyertaan seramai 1,500 individu. 

Jelas kenyataan itu, matlamatnya adalah untuk mempamerkan intipati perpaduan dalam kalangan kepelbagaian kaum Sarawak, merangkumi perbezaan kaum, agama dan budaya.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua bahawa penerbitan program ini, yang dijadualkan pada 3 Disember 2023, akan diteruskan seperti yang dirancang dan akan disiarkan di TVS pada 23 Disember 2023.

“Pemahaman dan sokongan anda amat dihargai kerana kami berusaha untuk menyampaikan acara yang bukan sahaja meraikan semangat Krismas tetapi juga menekankan perpaduan dalam masyarakat Sarawak yang kaya dan pelbagai,” katanya lagi.

Dalam surat Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) sebelum ini, ACS memaklumkan untuk tidak terlibat dalam program “A Christmas Carol, Sarawak in Diversity”, selepas penganjur TVS tidak dapat memenuhi permintaannya untuk menggantikan Jingle Bell Rock dengan O Holy Night.

ACS mendakwa TVS menolak permintaannya dan “disebabkan unsur agama dan juga kerana protokol” daripada LPF dan SKMM.

Kumpulan gereja itu berkata sukar untuk menerima alasan yang diberikan oleh penganjur, sambil menekankan bahawa Krismas menyambut kelahiran Yesus Kristus.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu