KANSAS: Pemilik kedai roti di Kansas meminta pelanggan berhati-hati memakan roti jualan mereka setelah menyedari berlian dari cincinnya bernilai AS$4,000 (RM19,000) tercicir.
Dawn “Sis” Monroe, pemilik Sis Sweets Cookies & Café di Leavenworth, mengakui berlian tersebut terjatuh daripada cincin yang melingkar 36 tahun di jarinya, ketika dia berada di kedai roti berkenaan.
Monroe mengatakan dia khawatir berlian tersebut terjatuh di dalam adunan roti jualannya.
“Jika anda menemuinya, saya rasa terhutang jika anda mahu mengembalikannya,” tulisnya di akaun Facebook kedai roti tersebut.



