ARTIKEL

Kredit: Bernama

Bernama raih tempat kedua PFAM–SAM Pickleball Media Cup 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Pasukan BERNAMA muncul naib juara Kejohanan Pickleball Media Cup anjuran Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini malam tadi.

Pasukan BERNAMA tunduk 23-33 kepada pasukan tuan rumah, PFAM, dalam aksi final berlangsung di Pickle X di sini.

BERNAMA diwakili Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad, Syaiful Afiq Ahamidi, Dayana Nabila Shaipul Anuar dan Pasha Abdul Rahim manakala PFAM dibarisi bekas pemain bola sepak negara Razman Roslan, pemain bola sepak wanita negara Steffi Sidhu dan Intan Serah selain Sunil Chandran dan Sean Giannelli.

Ahmad Syabil ketika ditemui selepas perlawanan berkata kemaraan pasukannya yang cemerlang melepasi cabaran daripada peringkat kumpulan sehingga melangkah ke perlawanan akhir ialah hasil semangat berpasukan ditonjolkan rakan-rakannya sepanjang kejohanan itu.

“Setiap seorang daripada kami memainkan peranan dengan mempamerkan aksi bertenaga dan berjuang mengutip mata demi mata untuk pasukan sehingga berjaya melangkah ke perlawanan akhir, namun terpaksa akur dengan kehebatan pasukan PFAM,” katanya.

Dayana Nabila yang kali pertama menyertai kejohanan pickleball berpuas hati dengan pencapaian peribadi dan pasukannya sambil menyifatkan pertandingan itu merupakan platform terbaik bagi pengamal media melupakan sejenak bebanan kerja dan menikmati masa bersama rakan seindustri.

Sementara itu, Syaiful Afiq dan Pasha berbangga dapat mewakili serta mengharumkan nama BERNAMA menerusi sukan yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat, malah menganggap penyertaan mereka sebagai peluang berharga mengeratkan silaturahim antara media selain dapat mempamerkan bakat lain di luar pejabat.

Untuk rekod, BERNAMA sebelum ini menjuarai Kejohanan Cabaran DRB-HICOM dan naib juara Kejohanan Pickleball Li-Ning Tiga Saga sekali gus mempamerkan konsistensi dan keupayaan tinggi pasukan dalam pertandingan melibatkan rakan-rakan media. — Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU