ARTIKEL

Bersatu sebagai sebuah bangsa Malaysia, Bentuk Kerajaan Perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembentukan Kerajaaan Perpaduan dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 membuktikan kredibiliti dan sikap rasional pemimpin-pemimpin parti politik di Malaysia untuk duduk berbincang demi kepentingan rakyat.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai pembangunan yang baik dengan mengenepikan sifat hasad dengki dengan bersatu sebagai sebuah bangsa Malaysia.

Penamat kepada kebuntuan selama beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) itu juga ujarya telah membuka lembaran baharu kepada pentadbiran dan ekonomi yang lebih positif untuk terus bergerak kehadapan.

Karim semasa sidang media Festival Muzik dan Seni Sunbear di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II di sini pada Khamis.

“Kita tidak boleh terus begini dengan ketidakpastian, ini tidak baik untuk ekonomi, pasaran saham dan nilai ringgit kita yang juga melibatkan pelabur-pelabur asing.

“Saya yakin inilah yang rakyat Malaysia mahu lihat tidak kira mereka dari Semenanjung atau Sarawak, kita telah berjaya mengenepikan hasad dengki dari satu sama lain dan melihat diri kita sebagai rakyat Malaysia yang mahu membina negara megah tanpa isu-isu politik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Biarpun tidak menjangkakan akan adanya Ahli Parlimen Sarawak dilantik sebagai menteri yang penting di dalam kabinet Kerajaan Persekutuan, Abdul Karim mahu hak serta suara rakyat Sarawak tidak diketepikan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita akan serahkan sepenuhnya soal pembentukan kabinet ke atas kuasa prerogatif Perdana Menteri, seberapa ramai ahli kabinet itu kita mungkin tidak dapat jangkakan namun saya berharap Sarawak tidak akan ditinggalkan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan