ARTIKEL

Tun Dr Wan Junaidi

Bersungguh-sungguh pelihara hak imigresen Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh memelihara hak imigresen Sarawak dalam usaha menjaga keamanan di negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri ke-8, Tun Dr Wan Junaidi berkata, arwah sentiasa memastikan dapat menjauhkan semua unsur negatif dari pantai Sarawak dan membina Bumi Kenyalang ini menjadi seperti syurga yang meraikan kebebasan beragama dan kepelbagaian kaum.

“Satu fakta yang tidak dapat dinafikan adalah Tun Taib mengorbankan 63 daripada 87 tahun hidupnya untuk berbakti kepada Sarawak, serta membantu mengubah Sarawak daripada keadaan terpencil menjadi seperti sekarang.

“Tun Taib merupakan seorang pemimpin yang telah memupuk semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak, serta warisannya yang kini kita nikmati.

“Hasil kerja keras beliau untuk memastikan tiada kaum yang tercicir dalam semua dasar semasa beliau menjadi Ketua Menteri selama lebih tiga dekad berjaya dipupuk sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, beliau menegaskan Tun Taib merupakan tunjang keharmonian Sarawak semasa berkhidmat sebagai Ketua Menteri, dan kemudiannya sebagai Yang di-Pertua Negeri untuk semua.

Tun Taib yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri selama lebih tiga dekad dan kemudiannya sebagai Yang di-Pertua Negeri ketujuh selama hampir sedekad meninggal dunia pada usia 87 tahun, awal pagi semalam di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU