ARTIKEL

Bertindak sekarang, tangani isu perkahwinan kanak-kanak bawah umur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu bertindak sekarang bagi memastikan undang-undang dan dasar negeri berhubung perkahwinan kanak-kanak bawah umur diperketatkan.

ADUN Pending Violet Yong berkata, ia merupakan satu langkah penting bagi melindungi golongan tersebut, dalam masa yang sama mengurangkan bilangan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur.

“Masanya telah tiba untuk pembaharuan perundangan. Ia adalah salah satu langkah penting yang boleh dilaksanakan untuk memerangi isu perkahwinan kanak-kanak.

“Walaupun saya bersetuju dengan penegasan Menteri Pembangunan Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Wanita Datuk Sri Fatimah Abdullah bahawa tanggungjawab kolektif adalah perlu, merangkumi ibu bapa, sekolah, institusi agama dan adat, pertubuhan bukan kerajaan, ketua masyarakat, dan masyarakat itu sendiri.

“Tetapi jangan kita terlepas pandang peranan kritikal kerajaan negeri dalam menangani dan mencegah isu ini kerana penting undang-undang juga harus diperketatkan,” katanya dalam Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada persidangan DUN Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Pada masa ini, di bawah Undang-undang Syariah Sarawak, umur minimum perkahwinan berbeza antara lelaki dan perempuan. Lelaki mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, manakala perempuan boleh berkahwin pada usia 16 tahun.

Bagaimanapun, hakim syariah dibenarkan untuk meluluskan perkahwinan walaupun berumur di bawah 16 tahun. Perkahwinan adat, sebaliknya, tidak mempunyai peraturan khusus, menyebabkan kanak-kanak luar bandar sangat terdedah kepada perkahwinan awal tanpa penalti.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.