ARTIKEL

Seorang petugas melayan si bulus di bangunan utama yang dilengkapi kipas angin, makanan kering yang sentiasa tersedia serta air pancur mini sebagai sumber air minum, dan kucing-kucing terbabit dibiarkan bebas, ketika tinjauan khas di Taman Kucing Cyberjaya, baru-baru ini.

Beruntungnya ‘si bulus’ jalanan di Sepang, ada PBT cakna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Masing-masing mungkin mempunyai naratif duka tersendiri yang tidak dapat diungkapkan kepada manusia, namun kesemuanya berkongsi nasib sama – hidup di jalanan dan hanya bergantung harap kepada ihsan manusia.

Ihsan manusia juga yang membawa mereka ke sini – Taman Kucing Cyberjaya kendalian Majlis Perbandaran Sepang (MPS), sekali gus memberi ‘si bulus’ jalanan ini peluang kedua untuk hidup sebagai haiwan kesayangan keluarga. 

Jika dulu tubuh melidi dipenuhi kurap atau mengalami cirit-birit dan buasir sehingga terkeluar usus, kini kucing-kucing jalanan yang diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bukan sahaja sihat tetapi juga montel dan manja, hasil penjagaan rapi petugas yang komited terhadap kebajikan haiwan terbabit.

Mengintai di balik jaring bangunan berdinding separa bata merah yang menempatkan mereka, antaranya adalah si Oyen yang “terlebih” mesra, kakaknya si Nur Ain yang suka menunjuk-nunjuk – akan berlari ala maraton di atas roda berpusing apabila ada pengunjung – atau Ais Krim yang gemar memanjat dan duduk di atas pokok hingga berjam-jam lamanya.

Bersifat serampang dua mata, kewujudan taman kucing ini yang dicetuskan oleh Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Hamid Hussain, bukan sahaja memastikan kawasan tumpuan awam seperti medan selera dan pusat penjaja di Daerah Sepang bebas kucing jalanan, tetapi turut menjamin kebajikan haiwan terbabit.

Dibina secara integrasi dengan landskap sedia ada di atas kawasan seluas 0.32 hektar, Taman Kucing Cyberjaya terletak di lokasi yang strategik, iaitu menghadap tasik dan menjadi sebahagian daripada tarikan orang awam yang datang beriadah di Taman Tasik Cyberjaya, khususnya pada hujung minggu.

Beroperasi sejak Mac 2023, taman kucing ini diuruskan oleh Jabatan Landskap MPS, dan hingga kini berjaya menyelamatkan dan melindungi sekitar 100 ekor kucing jalanan dengan 75 daripadanya telah pun diambil oleh orang awam untuk dipelihara.

Menurut Pengarah Jabatan Landskap MPS, Arefah Rahim, taman itu menggunakan pendekatan TNA, – tangkap, mandul dan adopsi – iaitu menyerahkan kucing yang telah dirawat dan dimandulkan kepada mereka yang berminat menjadikan si bulus terbabit sebagai haiwan kesayangan mereka.   

“Menerusi kaedah ini, kami dapat pastikan kucing yang kami selamatkan tidak kembali terbiar di jalanan. Malah, orang yang datang untuk adopt kucing ini juga disaring oleh kami dan data mereka direkodkan dalam sistem e-Cat yang kami bangunkan,” jelasnya ketika ditemui BERNAMA.

Bercerita lanjut tentang operasi taman itu, Arefah berkata kucing yang ditangkap terlebih dahulu dikuarantin selama dua minggu bagi memastikan haiwan berkenaan tidak membawa sebarang penyakit yang boleh menjangkiti kucing lain.

“Bagi yang ada penyakit seperti kurap, kita akan rawat dahulu. Selepas semuanya okey, termasuk divaksinasi dan dimandulkan, barulah kita pindahkan kucing terbabit ke bangunan utama, iaitu sedia untuk ’adoption’,” kongsinya. – BERNAMA

Arefah Rahim

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA