ARTIKEL

SEKITAR lawatan John Sikei dan rombongan ke lokasi cadangan berlangsungnya Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak di sini, semalam. | Foto UKAS

Betong tuan rumah sambutan Hari Keputeraan Agong peringkat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Betong bakal meriah apabila dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak tahun ini, yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 15 Jun depan.

Sehubungan itu, satu lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan pertama telah diadakan oleh Jawatankuasa Induk Sambutan yang diketuai Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai selaku Menteri Bertanggungjawab.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan; Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara, Datuk Hamdan Sharbini; serta Residen Bahagian Betong, Datuk Richard Michael Abunawas.

Rombongan berkenaan telah meninjau beberapa lokasi utama yang dikenal pasti sebagai lokasi program, termasuk Masjid Jamek Betong, Dewan Panglima Rentap dan Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Lawatan itu bertujuan menilai kesesuaian lokasi secara menyeluruh, meliputi kapasiti, kemudahan parkir, aliran keluar masuk, aspek keselamatan, kawalan trafik serta keperluan logistik seperti sistem siar raya, susun atur tempat duduk dan pentas.

Sejurus selesai lawatan, diadakan mesyuarat penyelarasan di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong bagi meneliti dapatan serta memperincikan perancangan pelaksanaan program.

Mesyuarat tersebut turut menyaksikan pembentangan oleh agensi terlibat yang merangkumi aspek keselamatan, pengurusan trafik, logistik, protokol tetamu kenamaan, publisiti serta penyelarasan teknikal sepanjang tempoh penganjuran.

Langkah penyelarasan awal ini dilihat penting dalam memastikan sambutan rasmi peringkat Sarawak itu dapat dilaksanakan dengan teratur, lancar dan mematuhi sepenuhnya standard protokol serta istiadat negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat