
ISMAIL HASHIM
WARISAN PUTERI
NEGERI SEMBILAN
Angin yang menyisip
ke dalam butir bicara
menjadikannya semakin
hambar seperti secangkir
kopi yang pahit
selain jiwa insan
yang telah kauracik
menjadi kepingan merah
yang terasing berlaga
tumpah darah kemanusiaan
yang tidak berharga
segalanya telah terkunci
tanpa ada lagi ruang
walaupun seinci
janji demi janji yang
kautaburi sekadar kuasa
besar yang bacul hanya
sembunyikan tangan
masih nampak lengan
ia yang bertubuh
haiwan!
23 Oktober 2023.



