ARTIKEL

NIKMAT MERDEKA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kami sambut hari merdeka

dengan secawan kopi panas campur susu

tanpa gula

sambil sembang bersama

rakan-rakan sekolah lama

kulitnya putih umbut, kuning langsat, hitam

manggis dan coklat susu

kami pesan sepinggan besar

mi goreng basah makan sama

beberapa telur ayam menetas

biji mata kerbau dalam piring kaca

Kami sembang pelbagai tajuk berita

tentang dunia sengketa pecah di kaca

televisyen

darah terpecik di dada akhbar

tentang penguasa dunia sewel menempel di

muka telefon bimbit

tentang burung geruda rudal menyambar

pelanduk di padang pasir

tentang piranha menggigit longlai jerung

terpadu di Selat Homuz

Kami terkedu mendengar berita tentang

anak kecil tersangkut di depan pintu rahim ibu

tentang nasib kanak-kanak hilang riang tak

sempat menjadi dewasa

mereka terperangkap dalam sengketa

orang besar-besar dunia

Syukur

di sini

di bumi merdeka

kita masih ada mentari

bersinar

kita masih ada bulan

bercahaya

DAUD MOHAMAD

Saratok

BERITA LAIN

KISAH SI KONIT BELUM BERAKHIR

KEHILANGAN Si Konit menjadi tanda tanya. Entah masih hidup atau mati. Jika mati tentu ada bangkainya, jika masih hidup gelagatnya tidak wujud. Kehilangannya dianggap perkara

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

BERITA TERBARU

Usir 25,000 orang ke negara ketiga

NAIROBI: Menurut satu siasatan yang diterbitkan pada September lalu, Amerika Syarikat (AS) telah mengusir lebih daripada 25,000 orang di bawah perjanjian sulit dengan 35 negara

Tingkatkan pendapatan rakyat Sarawak

KUCHING: Status Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi perlu diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan isi rumah supaya kemajuan ekonomi yang dicapai turut membawa perubahan nyata kepada kehidupan