ARTIKEL

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah.

Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Permainan tidak menggunakan tenaga manusia, tetapi daya angin untuk bergerak.

Permainan tradisi ini semakin mendapat sambutan ramai terutamanya dalam kalangan belia.

Bukan itu sahaja, permainan ini turut dijadikan sebagai aktiviti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Mukah.

Menurut Ketua Biro Pembangunan JKKK Tutus Ulu Mohamad Badrul Zaidi, 30, pada penganjuran kali ini, ia adalah penyertaan paling banyak sepanjang pertandingan ini diadakan.

“Sebanyak 384 bidar lukut yang menyertai pertandingan ini. Penyertaan daripada orang ramai sangat memberangsangkan.

“Ini termasuklah golongan belia di kampung ini dan sekitarnya,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dedahnya, pertandingan ini dianjurkan oleh JKKK Tutus Ulu dengan kerjasama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Kampung Tutus Ulu, Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Tutus Ulu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tutus Ulu dan Biro Sukan Kampung Tutus Ulu.

“Pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib dan Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian Abdul Yakub Arbi.

“Mereka tidak pernah jemu memberi sokongan sekiranya kami menganjurkan pertandingan seperti ini.

“Ini kerana, melalui permainan ini, ia dapat mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan semangat juang antara satu sama lain,” jelasnya.

Melihat sambutan menggalakkan daripada banyak pihak, Badrul berharap pertandingan ini dapat dilangsungkan setiap tahun dan dijadikan aktiviti tahunan.

“Ini kerana, Kampung Tutus Ulu merupakan kawasan strategik untuk mengadakan pertandingan ini kerana berdekatan dengan perkampungan lain seperti Tutus Hilir, Sungai Ragei, Sungai Alo, Litong, Jebungan dan Judan.

“Ini memudahkan peserta untuk menyertai pertandingan yang diadakan kerana jarak yang dekat,” jelasnya.

Sehubungan itu, dia berharap permainan Bidar Lukut ini terus diangkat menjadi salah satu sukan tradisi di Mukah.

“Sukan ini menarik minat belia dan pada masa sama, dapat mengelak golongan ini daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat ataupun ketagih gajet.

“Ia juga mendedahkan kepada golongan belia tentang kemeriahan apabila bergaul dengan masyarakat berbilang umur dan agama,” ujarnya.

Katanya lagi, melalui sukan ini juga, ia dapat mengasah bakat anak muda untuk membuat perahu kecil, sekali gus meningkatkan cara berfikir dalam mengatur strategi bagi mencapai kemenangan dalam sesebuah pertandingan.

Untuk Pertandingan Bidar Lukut baru-baru ini, Pewaris Setia Team muncul juara bagi kategori Pemenang Harapan dan Pemenang Juara-Juara.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU