ARTIKEL

Biden: Cuci tangan, pakai pelitup muka, jaga jarak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Calon Presiden dari Demokrat, Joe Biden berkata Presiden Donald Trump yang disahkan positif Covid-19 sebagai satu peringatan betapa seriusnya pandemik terbabit.

Mengutip CNN, Biden menegaskan untuk melakukan tanggungjawab masing-masing, warga AS perlu mendengar nasihat pakar, mencuci tangan, memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan fizikal.

“Kita harus memandang virus ini dengan serius. Ia tidak akan hilang secara automatik,” kata Biden ketika berucap di Michigan sejurus beliau disahkan negatif virus itu pagi semalam.

Biden yang memakai pelitup muka dan berdiri di hadapan bendera AS, di kawasan parkir kereta dewan Persatuan Grand Rapids meminta penduduk AS terus memakai pelitup muka, mesej yang sama disampaikannya berbulan-bulan lalu.

Semasa perang politik, rombongan Trump dilihat mengabaikan peraturan Klinik Cleveland yang mewajibkan memakai pelitup muka ketika berlangsungnya perdebatan pada malam Selasa lalu.

Sementara itu, penyokong Biden memakai pelitup muka. “Jadilah patriotik. Ini bukan sekadar menjadi lelaki yang ‘kuat’, tetapi ini tanggungjawab anda.

“Memakai pelitup muka bukan hanya melindungi anda, tetapi juga melindungi orang di sekitar anda, keluarga, adik-beradik, jiran dan rakan sekerja.

“Jangan sekadar lakukan untuk diri sendiri, tapi lakukan untuk orang yang disayangi dan yang bekerja dengan kita.” tegus Biden.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan