Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, menyifatkan militer Israel bertindak secara “berlebihan” di Gaza.
Memetik Reuters, Biden mengatakan sedia berusaha membantu warga awam Palestin yang sakit.
Dan ini menjadi kritikan awam Biden paling tajam terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Biden mengakui mengajak kesepakatan berkaitan normalisasi hubungan diplomatik Arab Saudi-Israel, selain meningkatkan bantuan kemanusiaan untuk warga awam Palestin dan membantu pembebasan tawanan Israel di Gaza.
Biden berkata, beliau berusaha keras menangani gencatan senjata.
Menurut beliau, ada banyak orang tidak bersalah kelaparan, dan berada dalam kesulitan serta sekarat.
Setakat empat bulan Israel menyerang Palestin, lebih 27,000 warga awam maut dengan belasan ribu mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak.



