ARTIKEL

Awang Tengah (tengah) bercakap pada sidang media mengenai BIHAS 2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat MINTRED di Wisma Sumber Alam.

BIHAS 2026 perkukuh hab halal Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pameran Halal Antarabangsa Borneo 2026 (BIHAS 2026) dilihat mampu meletakkan Sarawak dan Borneo sebagai pintu gerbang halal terkemuka bagi perdagangan, pelaburan dan inovasi mapan.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, BIHAS 2026 bukan sekadar pameran, malah platform strategik untuk memperkukuh ekosistem halal serantau dan antarabangsa.

Awang Tengah (tengah) bersama-sama yang lain merakamkan gambar seusai mengadakan sidang media mengenai BIHAS 2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat MINTRED di Wisma Sumber Alam.

“BIHAS 2026 bertujuan memperkukuh perdagangan dan pelaburan halal, memperluas akses pasaran bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mempromosikan inovasi halal berteraskan ESG.

“Melalui inisiatif ini, kita menyasarkan lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan selain meningkatkan potensi eksport serta keterlihatan Sarawak dan Borneo sebagai hab halal masa depan,” katanya pada sidang media BIHAS 2026 di Wisma Sumber Alam, hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan perniagaan dan organisasi dari Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam, Kalimantan, ASEAN dan komuniti global.

BIHAS 2026 akan berlangsung dari 21 hingga 23 Julai 2026 di Dataran Tebingan Sungai Kuching manakala sesi persidangan diadakan di Hotel The Waterfront.

Pameran itu memberi tumpuan kepada sektor makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, logistik, pelancongan, kewangan Islam, ESG, teknologi dan ekonomi digital.

Antara pengisian utama termasuk persidangan halal, sesi padanan perniagaan, festival makanan halal, pameran teknologi halal dan ESG serta pesta pengguna produk halal.

Program tersebut turut menampilkan penceramah, pemimpin industri dan pakar halal dari beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Turkiye, Arab Saudi, Brazil, Jepun dan Sri Lanka.

Acara itu menyasarkan penyertaan 20 pembeli dan pelabur antarabangsa, 50 padanan perdagangan, 100 pempamer serta 400 delegasi persidangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU