ARTIKEL

Gambar hiasan

“Bila-bila masa aku bunuh ko”: Lelaki dipenjara 12 bulan, ugut bunuh ibu kandung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengugut untuk membunuh ibu kandungnya susulan ditegur supaya menjaga kebersihan diri.

Majistret Leona Dominic Mojiliu menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh mengugut ibunya yang berusia 54 tahun dengan ancaman bunuh kira-kira jam 3 petang, pada 8 Oktober 2025 di kediaman mereka berhampiran Jalan Batu Kinyang, Taman Liong Seng di sini.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa berada di ruang tamu rumah ketika tertuduh mengeluarkan ugutan dalam dialek Melayu Sarawak dengan berkata, “Bila-bila masa aku bunuh ko dan kelak ku tampar muka ko.” (Bila-bila masa aku bunuh kau dan nanti aku tampar muka kau).

Siasatan mendapati tertuduh bertindak agresif selepas ibunya menegur supaya dia lebih menjaga kebersihan diri.

Mangsa bersama-sama seorang lagi saksi kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kemudian menahan tertuduh di kediaman berkenaan kira-kira jam 7.30 malam pada hari kejadian.

Ujian saringan air kencing turut mendapati tertuduh positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha