ARTIKEL

freepik.com

Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Bilangan penganggur terus menurun kepada 567,800 orang pada Disember daripada 569,000 pada November 2023, dengan kadar pengangguran 3.3 peratus, menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Disember, dan Suku Tahun Keempat 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, ia mencerminkan asas ekonomi negara yang stabil, didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi dan sosial.


Jumlah penduduk bekerja pada Disember 2023, katanya sebanyak 75.2 peratus daripadanya adalah terdiri daripada kategori pekerja, meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 12.38 juta orang.


Malah, peningkatan turut dapat dilihat dalam kategori bekerja sendiri, yang meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 3 juta orang.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU