Bilik tidur jadi studio kreatif

SARATOK: Seorang wanita kelainan upaya menghabiskan masa sekitar lima jam sehari di bilik tidurnya yang dianggap sebagai studio kreatif bagi menghasilkan lukisan yang menjadi sumber duit poket selepas tidak bekerja ekoran pandemik Covid-19.

Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Itulah kesungguhan wanita cekal, Laura Dudum, 38, yang menghidap Cerebral Palsy sejak dilahirkan untuk mengisi masa terluang seterusnya mendapatkan BIBI menunjukkan potret Francisca Luhong yang disifatkan sebagai paling bermakna.

JANE Chua ketika mengambil potretnya yang disiapkan oleh Bibi. POTRET yang siap diserahkan kepada seorang lagi pelanggan Suzy Ajin. seringgit dua bagi menampung perbelanjaan harian.

Siapa sangka, dia merupakan salah seorang yang merasai kehilangan pekerjaan apabila tiada tempahan solekan akibat pandemik.

Katanya, sejak 2017 dia aktif bekerja sebagai jurusolek sambilan.

BIBI menunjukkan potret Francisca Luhong yang disifatkan sebagai paling bermakna.

“Namun saya langsung tidak menyangka pandemik Covid-19 yang melanda dunia hampir setahun, menyebabkan saya hilang kerja.

“Justeru, saya mengambil keputusan untuk membugarkan kembali bakat melukis yang dimiliki sejak usia tujuh tahun bagi mendapatkan belanja bulanan.

“Secara tidak langsung, kini bilik tidur saya menjadi tempat kerja yang dianggap sebagai studio kreatif untuk berkarya… melukis lakaran potret dan sebagainya.

“Di sini tempat yang selesa untuk menghasilkan karya seni,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Menurutnya yang mesra disapa Bibi, sebanyak lebih 20 lukisan terhasil sejak 10 bulan lalu.

POTRET yang siap diserahkan kepada seorang
lagi pelanggan Suzy Ajin

“Melukis merupakan bakat yang dimiliki sejak kecil, ketika berusia tujuh tahun. Saya suka melukis wajah sendiri dan kartun Barbie.

“Saya juga cenderung melukis lakaran wajah manusia.

“Saya akui memang tidak pernah belajar dari mana-mana tempat atau orang lain.

“Namun, apa-apa yang saya lakukan hari ini didorong oleh potret sahabat baik, Jane Chua,” ujarnya menambah, potret Jane merupakan lakaran pertama yang pernah dihasilnya.

Cerita anak ketiga pasangan Dudum dan Sekuri yang kini menetap di Sungai Nyurok, Budu, Saratok, potret Miss Universe Malaysia 2020 Francisca Luhong James merupakan karya tangannya yang paling bermakna.

“Saya merupakan peminat Francisca kerana beliau telah membuktikan bahawa anak Dayak berjaya bergelar Miss Universe Malaysia 2020.

“Maka, pada September lalu saya menghabiskan masa 48 jam untuk menghasilkan potret beliau yang saya simpan sehingga kini,” jelasnya.

Beliau mengakui turut menyimpan cita-cita bergelar pelukis terkenal suatu hari nanti.

“Selain menjadi sumber pendapatan, saya juga beroleh kepuasan.

Lebih-lebih lagi apabila hasil tangan saya disukai pelanggan, sehingga ada yang sanggup membayar lebih daripada harga yang ditetapkan,” katanya.

Bibi yang gemar menonjolkan kebolehannya menyanyi melalui aplikasi Smule menyatakan Nick Vujicic – seorang OKU berjaya merupakan idolanya.

“Walaupun bukan pelukis, tetapi saya sering melihat videonya. Beliau banyak berkongsi kisah realiti kehidupan OKU yang tiada tangan, kaki… namun, boleh berjaya.

“Kesemuanya saya jadikan motivasi untuk tidak hanya melihat kekurangan semata-mata. “Saya bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada keluarga. Kakak saya, Liza yang menanggung kos membeli perkakas melukis.

“Begitu juga ahli keluarga yang lain. Mereka membantu mengatur kedudukan saya sebelum mula berkarya.

“Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan pada setiap pagi dan malam agar memberikan saya kekuatan untuk mampu berdikari menempuh hari-hari seterusnya,” tambahnya.

Bibi mengakui teknologi komunikasi seperti media sosial banyak membantu menonjolkan hasil tangannya.

Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya boleh mengunjungi laman Facebook peribadinya ‘Ziby Zeis’.

Setiap lukisan jenis Single Art Sketch berharga RM50, sementara untuk Couple Art Sketch RM100.

Setiap lukisan menggunakan kertas bersaiz A3 dan tempoh siap dalam tempoh dua hari atau lebih lama bergantung kepada kelapangan.

Tambahan RM10 dikenakan bagi caj penghantaran ke kawasan luar Saratok.

Suara Sarawak