Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Billy Sujang menewaskan mentornya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
RAI KEMENANGAN... Billy Sujang (dua kiri) berjaya meraikan kemenangannya setelah berjaya menewaskan mentornya, Datuk Ranum Mina.

LUNDU: Billy Sujang menewaskan mentornya, Datuk Ranum Mina apabila memenangi Dun Opar dengan majoriti 1,689 undi pada PRN-12 ini.

Billy yang bertanding menggunakan tiket GPS mendapat 3,659 undi, manakala Ranum yang merupakan penyandang Dun Opar selama empat penggal dan bertanding sebagai calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) mendapat 1,970 undi.

Sementara empat lagi calon, Meneng Biris dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 327 undi; Freedy Misid dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) mendapat 1,487 undi; Saini Kakong dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dengan 220 undi, manakala Bayang Teron dari Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) mendapat 160 undian.

Pada PRN-11 lalu, kerusi Opar telah dimenangi oleh Ranum Mina atas tiket Barisan Nasional (BN) ketika itu.

Beliau yang juga bapa saudara kepada Billy telah banyak mendidik Billy dalam arena politik.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru