ARTIKEL

Bina balai raya baharu di Piasau Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

    MIRI: Usaha kerajaan Sarawak untuk memasang lampu jalan yang baharu di kawasan Piasau Jaya, di sini dijangka siap pada 31 Mei ini. 

    ADUN Piasau Adam Yii Siew Sang berkata, projek ini akan menggunakan dana berjumlah RM 150,000 yang telah bermula 1 Mac lalu.

    “Kawasan ini akan menambah 12 lampu LED setinggi 10 meter dengan tiga lampu di setiap tiang, yang akan merangkumi simpang jalan di sekitarnya. 

    “Projek ini dijangka siap pada 31 Mei ini selepas melalui pemeriksaan kualiti,” katanya. 

    Adam Yii berkata demikian selepas melawat Taman Piasau Jaya dan berjumpa dengan wakil penduduk tempatan serta mendengar pandangan mereka, baru-baru ini. 

    Mengulas mengenai lawatan berkenaan, beliau berkata ia adalah untuk menyemak kawasan yang telah dirancang untuk dipasang lampu jalan baru. 

    “Saya juga telah mengemukakan permohonan dana untuk meningkatkan lampu jalan di kawasan Piasau Jaya ini,” ujarnya.

    Manakala, wakil penduduk mengucapkan terima kasih atas inisiatif Adam Yii yang memberi manfaat kepada mereka, dan juga mengusulkan lokasi yang sesuai untuk membangunkan balai raya. 

    Wakil penduduk juga mengambil kesempatan ini untuk meminta Adam supaya mereka dapat menggunakan padang bola keranjang sedia ada sebagai tempat barairaya. 

    Sehubungan itu, Adam Yii berjanji akan mengambil langkah seterusnya dengan mengirim pegawai kerajaan untuk meninjau kawasan tersebut dan mencari lokasi yang lebih sesuai untuk membangunkan balai raya baru, dan meminta kesabaran penduduk tempatan.

    Adam Yii selepas melawat Taman Piasau Jaya dan berjumpa dengan wakil penduduk tempatan serta mendengar pandangan mereka, baru-baru ini. 
    Adam Yii selepas melawat Taman Piasau Jaya dan berjumpa dengan wakil penduduk tempatan serta mendengar pandangan mereka, baru-baru ini. 

    BERITA LAIN

    BERITA TERBARU