ARTIKEL

Bina bandar media digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SYARIKAT televisyen milik Kerajaan Sarawak — TVS bakal mempunyai bangunan baharu yang tersendiri yang pembinaannya akan bermula pada tahun hadapan.

Perkara itu diumumkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberitahu bangunan tersebut akan dibina berdekatan dengan Pusat Seni Persembahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lama.

Katanya, ia akan dilengkapkan dengan studio serta kemudahankemudahan baharu yang diperlukan.

“Ini kerana kini TVS mempunyai siaran luar (Live Telecast) yang sudah pasti memerlukan kemudahan untuk menerima masuk dan keluar siaran dari luar ini,” katanya.

Pengumuman tersebut mengingatkan saya dengan kunjungan saya ke Korea Selatan tempoh hari iaitu di Bandar Media Digital (DMC) di Mapo-gu, Seoul.

Di bandar itu berdirinya bangunan tersergam indah milik syarikat media seperti SBS, MBC, JTBC, YTBC dan pelbagai kemudahan pameran yang lain.

Begitu juga dengan syarikat gergasi teknologi maklumat yang lain yang turut berpangkalan di situ iaitu LG, Pantech dan Samsung.

Maka saya terbayangkan Sarawak akan mempunyai bandar multimedia digital yang tersendiri selaras dengan hasrat kerajaan dalam ekonomi digital.

Justeru tidak salah bagi Sarawak untuk mewujudkan hab digital media seumpama seperti di DMC, Mapo-gu Seoul.

Membangunkan bandar media digital di Sarawak boleh membawa pelbagai faedah, termasuk pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemajuan teknologi.

Ia boleh menarik perniagaan domestik dan antarabangsa, memupuk inovasi dan keusahawanan.

Bandar ini boleh menjadi hab untuk industri teknologi dan media, menyumbang kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

Selain itu, infrastruktur yang lebih baik dan tenaga kerja mahir boleh meningkatkan daya saing global di Sarawak dan meletakkan negeri ini sebagai pusat inovasi dan kreativiti digital.

Perkembangan ini juga boleh membawa kepada peningkatan peluang pelancongan dan kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa. Bagaimanapun, anganangan untuk mewujudkan hab media digital sudah semestinya mendatangkan cabaran yang besarnya.

Antaran cabaran seperti pelaburan infrastruktur kerana membina teknologi dan infrastruktur fizikal memerlukan pelaburan yang besar.

Ini bagi memastikan infrastruktur digital yang boleh dipercayai dan berkelajuan tinggi adalah penting untuk kejayaan bandar media digital.

Selain itu, membawa masuk dan mengekalkan profesional mahir dalam industri media digital mungkin mencabar.

Membangunkan program pendidikan dan perkongsian dengan institusi boleh membantu memupuk kelompok dalam bakat tempatan.

Mewujudkan rangka kerja dalam persekitaran kawal selia yang menyokong adalah penting.

Peraturan yang jelas boleh menggalakkan pertumbuhan perniagaan, manakala ketidakpastian atau dasar yang terlalu ketat boleh menghalang pembangunan bandar media digital.

Di samping itu, faktor ekonomi global boleh menjadi penghalang kepada penubuhan bandar media digital kerana ia seperti pasaran saham yang ada naik dan turunnya.

Permintaan dalam pasaran pasaran global dan turun naik ekonomi, boleh memberi kesan kepada kejayaan bandar media digital.

Justeru Sarawak perlu menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan kekal berdaya tahan.

Dalam merancang dan membangunkan bandar media digital ini, kebudayaan sosial setempat perlu dipertimbangkan agar selari dengan kemajuan teknologi.

Pembangunan tersebut harus inklusif dan memberi manfaat kepada masyarakat aga ia mampan untuk jangka masa panjang.

Menangani cabaran ini memerlukan perancangan yang teliti, tadbir urus yang berkesan, dan penyesuaian berterusan kepada landskap teknologi dan ekonomi yang berkembang.

Diharap bangunan TVS ini menjadi pemangkin kepada bandar media digital seperti di Mapo-gu yang menjadi tapak kepada hab media digital yang menghimpunkan syarikat media dan teknologi maklumat yang lain. 

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU