ARTIKEL

Bina daya tahan ekonomi negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Fokus ekonomi Malaysia kini beralih daripada mengejar kecekapan kepada usaha membina daya tahan yang lebih kukuh, ketika negara terus mencatat pertumbuhan yang mengatasi unjuran walaupun berdepan ketidaktentuan global, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pengerusi MIDA, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, mengurus ekonomi turut bermakna membuat persediaan bagi memanfaatkan peluang yang jelas, di samping memastikan Malaysia kekal berdaya tahan menghadapi kejutan yang tidak dapat dijangka.

Beliau berkata pembaharuan fiskal utama, termasuk rasionalisasi subsidi bahan api dan Akta Tanggungjawab Fiskal telah mengukuhkan kedudukan kewangan awam Malaysia.

“Namun, pembaharuan ekonomi perlu disertai keprihatinan iaitu dengan melindungi golongan yang mudah terjejas sambil memperkukuh keupayaan negara.

“Kita perlu meningkatkan pendapatan secara proaktif dengan memastikan gaji meningkat seiring dengan produktiviti, mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi dan menggalakkan keusahawanan,” katanya dalam ucapan khas kepimpinan pada Forum Ekonomi Belia.

Tengku Zafrul berkata laluan perdagangan kini sedang berubah, manakala kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja membantu tenaga kerja, malah turut mengubah corak pekerjaan, termasuk pekerjaan yang sebelum ini menjadi titik permulaan golongan muda dalam kerjaya.

Katanya populasi muda Malaysia hanya boleh menjadi aset ekonomi sekiranya ia menyumbang kepada peningkatan produktiviti, inovasi, pekerjaan bernilai tinggi dan perniagaan baharu.

“Pada ketika aliran pelaburan ke rantau kita dan negara terus mencatat rekod, kita mesti terus bertanya, apakah yang pelaburan ini hasilkan untuk rakyat Malaysia? Berapa banyak pekerjaan berpendapatan tinggi? Berapa ramai jurutera muda yang memperoleh kemahiran baharu? Berapa banyak perusahaan kecil dan sederhana yang berjaya menyertai rantaian bekalan global?

“Aliran modal seharusnya membantu membina syarikat yang lebih kukuh, manakala teknologi pula meningkatkan kemahiran tenaga kerja,” katanya.

-Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu