ARTIKEL

Bina loji air, Pejabat Daerah Kecil Debak yang baharu – Razi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa agar mempertimbangkan permohonan untuk mewujudkan sebuah Loji Rawatan Air baharu di Sungai Rimbas dan membina baharu Pejabat Daerah Kecil Debak yang kini sudah berusia 41 tahun.

Adun Saribas Mohammad Razi Sitam berkata, ia sebahagian daripada pelbagai projek pembangunan yang dilihat signifikan untuk dilaksanakan dan amat diharapkan oleh rakyat.

Katanya, pembinaan Loji Rawatan Air baharu akan menambah baik sistem bekalan air di Bahagian Betong serta daerah-daerah di sekitarnya.

“Ini akan menambah kapasiti bekalan air bersih dan menyelesaikan isu air terputus.

“Gemar untuk saya nyatakan impian orang Saribas agar Pejabat Daerah Kecil Debak yang dibina pada 1979 diganti baharu ekoran ruang yang sempit dan tidak dapat menampung keperluan pentadbiran terkini,” katanya ketika menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di sini, semalam.

Antara lain, Razi turut menyuarakan agar Kerajaan Sarawak menyemak semula keperluan tambahan bagi jawatan ketua kaum dan ketua masyarakat.

“Saya menjangkakan Saribas memerlukan tiga jawatan ketua masyarakat dan tujuh ketua kaum yang baharu.

“Saya difahamkan jawatan sedia ada tidak pernah ditambah sejak 15 tahun lalu,” ujarnya.

Razi turut memohon kelulusan kerajaan bagi beberapa keperluan lain seperti Taman Pertanian Lubok Tamang di atas tanah seluas 1,500 ekar dan projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) bagi Kampung Debak Baharu dan Kampung Tuie.

Selain itu, menambah bilangan menara telekomunikasi di Kampung Serembang, Mangut, Jalan Suri, Jalan Dit, Jalan Betong-Tanjung Assam/Buda.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha