ARTIKEL

Bina pusat konvensyen bertaraf antarabangsa di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat konvensyen bertaraf antarabangsa perlu dibangunkan di Bintulu susulan perkembangan yang berlaku di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, ia mampu menjadi tarikan untuk mengadakan acara besar di pusat tersebut.

“Penting untuk membangunkan pusat ini ekoran kehadiran Bintulu sebagai hab pelabur asing dan fasiliti kemudahan kerajaan yang memerlukan kapasiti besar.

“Selain memenuhi keperluan tersebut, kita juga dapat meningkatkan ekonomi tempatan, menggalakkan perniagaan dan pelaburan, memupuk pertukaran pengetahuan dan mempamerkan warisan budaya kami yang kaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Untuk itu katanya, pihak berkuasa digesa untuk mengutamakan pembinaan infrastruktur yang penting ini.

“Kita lihat perkara ini mampu memacu Bintulu ke arah masa depan yang lebih cerah dan kemakmuran ekonomi,” katanya.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan