BINTANGOR: Kerajaan Sarawak menerima permohonan bernilai RM130,831,500 bagi membina sejumlah 2,041 unit rumah panjang dan rumah individu yang musnah dalam kebakaran setakat ini.
Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sebanyak 131 projek terdiri daripada 675 unit dan menelan belanja RM43.642 juta berjaya dilaksanakan.
“Kerajaan Sarawak akan terus menjaga kebajikan rakyat sama ada mereka tinggal di bandar atau luar bandar,” ujarnya.






