ARTIKEL

Sekurang-kurangnya Empat Maut Dalam Letupan Bom Berhampiran Pangkalan Tentera Di Colombia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang bayi berusia dua bulan maut selepas sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan meletup berhampiran sebuah kemudahan tentera di barat Colombia pada malam Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik pihak berkuasa wilayah pada Isnin.

“Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa serangan di Planadas telah mengorbankan empat nyawa berdasarkan angka awal, termasuk seorang bayi yang baru berusia dua bulan,” kata Gabenor Tolima Adriana Magali Matiz menerusi platform media sosial X.

Beliau menyifatkan letupan itu sebagai sesuatu yang “tidak boleh diterima” dan menuntut tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Divisyen Kelima Tentera Colombia turut mengecam pengeboman itu dan menyifatkannya sebagai “tindakan keganasan”.

Dalam kenyataan, pihak tentera menyifatkan serangan itu sebagai “pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia” kerana mengabaikan keselamatan orang awam serta membahayakan anggota tentera yang ditempatkan di kawasan berkenaan.

Setakat ini, tiada kumpulan bersenjata mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman itu.

Wilayah selatan Tolima sejak sekian lama berdepan kekacauan yang dikaitkan dengan puak serpihan Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC).

Sebelum ini, komander tentera mengaitkan serangan dron yang berlaku di Planadas pada Ogos dengan rangkaian gerila berkenaan. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Tidak bekerja pun gelisah

SEMALAM saya asyik terfikir, jika suatu hari nanti saya tidak bekerja, bagaimana saya mahu menghabiskan masa 24 jam sehari? Saya sudah terlalu biasa dengan rutin

BERITA TERBARU

Sedia gawa seagi diberi mandat

KUCHING: Niat pinchin ulih diperunding baru nyema agi dikeandal parti enggau rayat agi meri mandat ngambi bediri minta pilih ba Pengawa Bepilih Besai (PRU) Sarawak

Asil kraf ngelui RM2 juta

KUCHING: Pengawa nyual produk kraf serimbai Regata Sarawak ngembuan potensyen ngelui RM2 juta taun tu. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak, Datuk