ARTIKEL

Abang Johari (kanan) dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof ketika hadir Mesyuarat Bersama Ahli Parlimen dan Senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuala Lumpur sempena persidangan Parlimen. Foto: Pejabat Premier Sarawak

Bincang Projek Strategik, Usaha Perjuang Hak Sarawak Di Peringkat Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Bersama Ahli Parlimen dan Senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini, sempena Persidangan Parlimen yang bermula semalam (22 Jun) memberi tumpuan kepada isu semasa berkaitan pembangunan Sarawak.

Mesyuarat yang dipengerusikan, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu juga turut membincangkan pelaksanaan projek-projek strategik serta usaha memperjuangkan hak dan kepentingan Sarawak di peringkat Persekutuan.

Sekitar rakaman kenangan ketika
Mesyuarat Bersama Ahli Parlimen dan Senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuala Lumpur sempena persidangan Parlimen. Foto: Pejabat Premier Sarawak

Ia juga menjadi platform penting untuk menyelaras pendirian serta strategi GPS dalam memperkukuh suara Sarawak di peringkat nasional.

Abang Johari ketika mesyuarat turut menekankan kepentingan kerjasama, kesepaduan dan komitmen berterusan dalam kalangan wakil rakyat GPS.

“Usaha ini penting bagi memastikan agenda pembangunan Sarawak dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook Sarawakku, hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung di Kuala Lumpur itu juga diadakan bersempena Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang berlangsung dari 22 Jun hingga 16 Julai depan selama 16 hari.

Terdahulu, Dewan Negara dijadual bersidang dari 20 Julai hingga 4 Ogos ini selama 10 hari. Persidangan terdahulu Dewan Rakyat berakhir pada 3 Mac lalu selepas berlangsung selama 20 hari.

Foto: Pejabat Premier Sarawak

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia